Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri..


Assalamualaikum...
saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan
"Selamat Hari Raya Aidilfitri"
kepada semua yang mengenali saya
tidak kira dimana jua anda berada..
terutamanya sahabat2 handai yang membaca blog saya ni..

kita renungkan kembali apakah perbezaan raya kita pada tahun dan pada tahun2 sebelumnya..
adakah kita sudah bekerja?adakah kita sudah bertunang atau berkahwin?
atau adakah kita sudah mempunyai anak?
yang lebih menyedihkan lagi adakah kita beraya tahun ini tanpa org yang tersayang disisi
terutamanya ibu bapa ataupun saudara...
paling penting hargai setiap detik kita beraya tahun ni..
yang pasti,tahun depan tidak pasti lagi samada kita dpt beraya
bersama atau pun tidak...

saya pun ingin memohon
maaf zahir dan batin
kepada semua tidak kisah kesalahan yang kecil atau pun besar..
kira zero la yer..kesalahan korg saya pun dh maafkan..

raya nanti jemputlah dtg ke rumah saya di Sungai Udang Melaka..
saya tak balik kampung di Muar pun tahun ni...

Friday, September 11, 2009

LAST OFFER BISKUT RAYA..

CEPAT..CEPAT...SELAGI STOK MASIH ADA!!!

2 hari ni dah last day bagi sesiapa yg belum membuat tempahan kuih raya dari saya..
so far alhamdulillah..ramai sangat org tempah..n xsangka walaupun terlalu last minit utk menjual kuih raya..tapi hasil nye pun xmengecewakan...

ramai lagi tempahan yang belum saya hantar dan hujung minggu ni saya akan bertolak ke Melaka utk amik stok biskut raya yg terakhir..walaupun terlalu busy dgn tugas2 hakiki saya berkorban utk semua sahabat2 yang sudi membeli dan paling penting percaya dgn hasil kerja saya...

saya pasti, saya tidak akan mengecewakan anda ketika anda menikmati biskut raya yang anda beli pada saya nanti..hehe..ayat skema abis..

ini beberapa tempahan yg belum dihantar:

farhana (Shah Alam) = 32 bekas
yati (Bangi) = 24 bekas
kak ita (Melaka) = 4 bekas
zuwa (Penang) = 2 bekas
cik nor (Selayang) = 9 bekas
farikh (UM) = 12 bekas
gmort (Shah Alam) = 4 bekas
mira (UM) = 3 bekas

minggu depan korang akan dapat kuih masing2 k..tq sebab support n mmg korg spotting abis la..
puasa pun tgl 9 hari lagi..aura nak raya makin dekat..

last dari saya..:p
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


gambar hiasan..masa raya 4tahun lepas di rumah saya

Tuesday, September 8, 2009

UPDATE BISKUT RAYA..:)

wah..tinggal berapa hari lagi nak raya...ada yang menunggu raya ni dgn keceriaan ade yg merasakan raya tahun ni satu kesedihan..xpe..apa2 pun,saya ada utk utk menceriakan anda..hehe..biskut2 raya saya akan menemani anda sepanjang raya ni..dgn syarat makan dgn senyuman k..*wink2..:)

UPDATE PASAL BISKUT RAYA

ada pertambahan biskut last minit dot com ni..
sapa2 yang suka atau minat biskut mariah carrey..hehe
eh silap MAMA CAREY..boleh buat tempahan pada sy secepat mungkin..


#GAMBAR HIASAN - amik dari internet

BISKUT MAMA CAREY RM28/ 100 biji


PENGUMUMAN!!

last day utk membuat penempahan kuih raya adalah pada hari
Jumaat ni-11 september 2009

cepat2..selagi stok masih ade..jadikan hari raya tahun adalah paling bermakna..
jgn so complicated utk nak beli sebab xmungkin ada menyesal..hehe

akhir dari saya..terimalah gambar raya dari saya..haha
bagi korg terliur skit..xsabar2 nak raya..


makanan wajib ketika raya