Friday, July 8, 2011

PERHIMPUNAN BERSIH 2.0

Tuntutan Perhimpunan Bersih 2.0

1. bersihkan senarai undi
2. mereformasikan undi pos
3. gunakan dakwat kekal
4. akses media bebas dan adil
5. masa berkempen minima 21 hari
6. kukuhkan institusi awam
7. hentikan rasuah
8. hentikan politik kotor



~~~~~~~~~~~~~~~~~~

bersih?kecoh dari sebulan yang lepas pasal perhimpunan tu.aku mulanya malas gak nak amik port..tak tahu pun apa sebab diorg nak buat perhimpunan tu..al maklumla..baca surat khabar memang dah tak skrg...tengok berita2 kat tv lagi la xde masa..cuma tahu2 camtu je..heheh..kuno tak x?

bagi aku lebih baik banyak tak tahu dari tahu..banyak keburukan nye kalau banyak sangat yang tahu nye...kalau tahu banyak sangat..ada golongan yang kononnye bijak pandai duk sibuk mempersendakan bersih 2.0 ni..

korang tengok la ni...

sultan pun tak leh pakai baju kuning..sebab macam sokong bersih


pemain bola sepak negara pun diorang kata join bersih sebab pakai baju kuning.


orang ramai pun tak boleh pakai baju kuning sebab sokong bersih..



lawak la juga bila aku tgk kawan2 di fb duk sibuk tukar gambar pakai baju kuning la..gambar logo bersih la..apala..macam main2 lak..ingat satu lawak jenaka..tapi lawak korang memang menjadi..buat aku ketawa dalam hati..hihi...(ketawa sopan)

bagi aku tak yah kut..korang sokong ke tak sokong ke..diam2 sudah..macam aku..xyah mempersendakan benda tu..

bagi pendapat personal aku..korang tak yah la join perhimpunan tu..buat penat badan je..bukan dapat duit pun..bersesakan lagi ada..

pasal semua tuntutan yang diorg minta masa perhimpunan tu nanti bagi aku semuanya ada kepentingan peribadi seseorang..mesti! percaya cakap aku..bukan kepentingan seorang jerla..maybe kepentingan satu kumpulan yang nak menjatuhkan negara..tak pun pimpinan sekrang...

kalau aku sendiri tengok tuntutan diorg ni..aku tak rasa apa2 pun..entahla..sebab sepanjang 27thn aku hidup kt alam ni..iaitu negara Malaysia..aku rasa ok je kut..maybe ada timbul skit2 rasa xpuas hati situ n sini..tapi overall ok..aku boleh hidup dengan aman dan selesa..

apa orang2 atas nak buat bagi aku hal diorg..nak makan rasuah ke.nak main undi hantu ke.. bagi aku, aku taknak campur..kalau betul ada individual yang bersalah..kita akan ada Mahkamah Agong nanti di Padang Masyar..sabar yer..janji kita leh hidup dan makan dengan sempurna..

korang pasti ke bila kepimpinan bertukar tangan, semua akan jadi ok?pasti?berapa peratus kepastian? so xyah la ek..

aku sangat bersyukur sangat dengan apa yang dah ada..dari kita hidup kat negara lain yang huru hara..xleh nak cari rezeki pun..korang pun kena bersyukur juga tau...Malaysia ni banyak sumber kerja..banyak sumber rezeki..cuma nak dengan taknak je..

ramai je pendatang dari luar negara dtg Malaysia cari rezeki.. Indonesia, Myanmar, Thailand, Nepal..leh je dapat gaji RM3k-4k sebulan..pekerja aku sendiri orang Indonesia gaji besar tu..korang orang Malaysia boleh ke? sebab apa? diorang fokus kerja..tak malas..bangun pagi2 dh kerja..kalau boleh sampai malam nak kerja..tak malas langsung..rakyat Malaysia lak?memilih kerja la..penatla..malasla..tak standard la..
poda cit!

so hope korang renungkan k...jangan pandai komen itu dan ini..mengeluh itu dan ini..reformasi itu dan ini..baik tenaga tu digunakan untuk buat benda lagi berfaedah..


=)




baru ku sedar aku tak banyak baju kuning...:)


p/s : kalau tak puas hati sangat dengan negara kita, pergi la merantau ke negara lain..pilih negara yang korang suka..korang ada pilihan kan? :)

11 comments:

Qamaruls said...

nice post bro.

halila Ibrahim said...

ha.. betul tu .. saya pun sayang malaysia .. walau kadang2 tu ada jugak bengang tapi bila pernah ke negara orang baru saya rasa yg kena balik malaysia jugak .. negara kita .. senang crita....selesa..

Oh Oeya said...

yang bermain difikiran.. 'kesan' selepas demo tersebut.. ermmm :(

Anonymous said...

Salam sahabat,

Saya setuju dengan beberapa pandangan anda namun kita tak boleh fikirkan diri kita sahaja. Memanglah kita boleh hidup dalam keadaan sekarang namun apa jadi pada generasi masa depan?Jangan selesa dengan zon anda sekarang, fikirkan untuk anak cucu kita.

Anonymous said...

Ayat pergi merantau ke negara orang tu saya rasa saudara ambil dari kata2 bekas pemimpin kita. Fikirkan, ini negara kita. Kita berhak bersuara untuk negara kita. Negara ini bukan hak kerajaan yang memerintah. Mereka hanyalah penjaga amanah rakyat. Sepatutnya mereka pergi jika tidak disukai rakyat. Jangan melukakan sentimen orang lain seolah mereka tiada hak bersuara.
Harap sahabat fikir2kan

Salim Harmanain said...

setuju...orang join yg menda ni sebenarnya tak pikir kesan dan akibat nye..

Miss Why said...

setuju dgn Syukur,skrg ni baru 1 perhimpunan jer rakyat dh rasa tak aman...bayangkan kalau tiap2 bulan ada pihak buat perhimpunan,lagi la pening...yg paling kesian kt polis la,halang salah tak halang pon salah...dulu sy pernah terfikir nk memberontak mcm ni,suruh tukar kerajaan...tp bila dh jadi mcm ni,rasanya belum tentu kerajaan baru nnt akan lebih baik....

setuju jugak dgn Halila Ibrahim,sbb sy pernah pergi negara orang...dr negara maju smpai negara miskin,tp sy tetap rindukan Malaysia ni..."KL...piss ya!!!hehehe...

Miss Why said...

setuju dgn Syukur,skrg ni baru 1 perhimpunan jer rakyat dh rasa tak aman...bayangkan kalau tiap2 bulan ada pihak buat perhimpunan,lagi la pening...yg paling kesian kt polis la,halang salah tak halang pon salah...dulu sy pernah terfikir nk memberontak mcm ni,suruh tukar kerajaan...tp bila dh jadi mcm ni,rasanya belum tentu kerajaan baru nnt akan lebih baik....

setuju jugak dgn Halila Ibrahim,sbb sy pernah pergi negara orang...dr negara maju smpai negara miskin,tp sy tetap rindukan Malaysia ni..."KL...piss ya!!!hehehe...

Miss Why said...

setuju dgn Syukur,skrg ni baru 1 perhimpunan jer rakyat dh rasa tak aman...bayangkan kalau tiap2 bulan ada pihak buat perhimpunan,lagi la pening...yg paling kesian kt polis la,halang salah tak halang pon salah...dulu sy pernah terfikir nk memberontak mcm ni,suruh tukar kerajaan...tp bila dh jadi mcm ni,rasanya belum tentu kerajaan baru nnt akan lebih baik....

setuju jugak dgn Halila Ibrahim,sbb sy pernah pergi negara orang...dr negara maju smpai negara miskin,tp sy tetap rindukan Malaysia ni..."KL...piss ya!!!hehehe...

Raeis said...

Sebagai rakyat sesebuah negara kita mesti peka dgn keadaan negara kita. Bukan semua orang hidup didlm kesenangan dan kemewahan. Jikalau saudara Syukur sendiri sudah lama tidak baca paper, tidak tengok berita, maka kita sangat2 ketinggalan untuk mengetahui keadaan negara kita yang sebenarnya. Apakah saudara tahu bahawa negara kita dikatakan akan muflis hanya dlm beberapa tahun akan datang jika kita tidak berbuat sesuatu mengenainya? Hal ini datang dari seseorang didlm kerajaan dan telah menjadi sesuatu isu yg hangat. I just hope that you start to find out more about your own country before all of us got bankrupt or all of us have to find other country to live..

MissZara said...

Alhamdulillah...masih ramai yang SAYANGKAN NEGARA MALAYSIA nie..
termasuk saudara..
ayuh, selamatkan TANAH MELAYU kita..