hari ni macam nak tulis sesuatu yang serius,tentang kemahiran mendengar yang kurang diberi perhatian. mendengar ni pun perlukan skill tau, bergantung pada keadaan dan situasi. meh sini aku bagi contoh beberapa situasi dan apa yang boleh aku dan kita semua lakukan untuk menjadi pendengar yang smart!
situasi 1 - suasana santai/ berbual kosong
apabila dalam situasi ini kita boleh berbual bersama rakan-rakan dengan SANTAI...tak perlu fokus sangat pun, yer la kata santai...nak baca majalah Mangga sambil berbual pun boleh, nak tulis blog dengan tekun sambil mendengar apa yang diomelkan oleh kawan2 dan berbual pun ok...sebab kita sedang bersantai dan perbualan saja-saja ok.hidup tak payah serius sangat. kalo terlepas dengar pun boleh cakap-'eh, apa u cakap tadi hehehe'
tak kisah lah rasa cinta ke, rasa sedih ke, rasa bermasalah ke, apa-apa sesi luahan kita harus la amik perhatian sewajarnya. bila ada yang meluah masalah kepada kita, dengar dahulu apa yang nak diluahkan sampai la orang tu memberi 'hint' yang kita sebagai pendengar da boleh mula memberi pandangan. tunjuk kan simpati dan empati kita. bila dia luah kan rasa gembira dia, sila tunjukkan yang anda juga gembira dengan kegembiraan dia sebagai tanda yang anda mendengar dan memahami apa yang dia sampaikan
situasi 3- apabila orang bagi nasihat dan pandangan tentang sesuatu
ok!dalam situasi ini, pertama sekali anda harus bersyukur dahulu sebab masih ada yang ambil berat tentang kita.penting ye nasihat dan pandangan orang untuk penambahbaikan kendiri. walaupun dah besar, tapi bila ibu bapa bagi nasihat dan pandangan do respect, even kita rasa kita betul , please respect. dengar dan dengar, sekali dengar mungkin rasa kita paling betul lagi. bila dengar dan terus dengar, pasti ada betulnya pandangan atau nasihat tersebut. takkan la orang nak bagi pandangan sia-sia.sila digest sebaik mungkin..tersurat..tersirat. jangan halang diri anda untuk menjadi lebih baik dengan hanya mendengar jangan asik nak melawan je. dengar dahulu
situasi 4- apabila dalam ceramah/ kelas
ha, dalam situasi ni pendengaran pada tahap optimum diperlukan. kadang-kadang satu perkataan yang diucapkan oleh pensyarah, guru ataupun penceramah cukup berkesan dihati kita, jadi sila dengar dengan tekun. usah bagi alasan 'penceramah ni slow la', lecturer ni mengantuk la' semua nya adalah peranan anda untuk menjadi pendengar yang baik. sila ambil perhatian
situasi 5- cukup-cukup la ye. hehehehehe
2 comments:
ko kat mana tu? macam kat belanda!
Yah!! Fokus!! Fokus amat perlu..
Mata fokus..
Telinga fokus..
Hati fokus..
Teka Sukur kat mana eikkk?!!
Oh! Sukur Kat "tangga" :)
Maaf Sukur mokcik gurau eikkk.. mokcik tak tau la sebenarnya..
Post a Comment