Friday, March 4, 2011

Kisah Aku anak seorang Tentera Darat

walaupun saya OKU, sejak dari kecil lagi abah dah terapkan cara dan disiplin ala ketenteraan dalam kehidupan. tak suka, terseksa dan memberontak..bila dah besar dan berjaya, baru sedar pentingnya disiplin. terima kasih abah.abah bersara daripada tentera pada 1993 sebagai Pegawai Waren 2..


muka garang abah.

kalau korang nak tahu abah aku ni memang seorang yang garang dan tegas. yerla..seorang pegawai tentera kan? ada karisma dan disiplin yang perlu diterapkan. oleh kerana aku ni anak askar, kehidupan kitorg memang la selalu pindah randah. dari satu kem ke satu kem yang lain. dan bila dah jadi askar ni, tidak lari daripada mengikuti latihan dan kursus yang lama. terpaksa meninggalkan keluarga.

aku pun di mengandungkan di Kem di Kuching Sarawak. tapi di lahirkan di Muar, Johor. dibesarkan dan di beri didikan di Kem Terendak Melaka. mak aku cakap pun, masa aku lahir pun, abah aku ni takde di sisi. pergi kursus. nasib la mak aku ni seorang yang tabah dan kuat semangat.

secara jujurnya, didikan awal ala tentera komando dan askar melayu memang tak boleh lari dari kehidupan aku. pening gak. dari cara bangun pagi.pemakaian ke sekolah mesti kemas dan bersih, cara belajar di sekolah, lepas balik rumah kena buat apa. serta malam hari perlu buat apa.semuanye berjadual.


dan benda paling aku gerunkan adalah peringatan abah aku ni, setiap tahun peperiksaan mesti dapat no 1. mesti ok! kalau tak dapat no 1 walaupun no 2, abah aku takkan datang ke sekolah untuk menandatangani buku rekod. ganas kan??sedih kan kalau mak abah tak datang ke sekolah kalau cikgu panggil. tu yang setiap tahun dapat no 1 kat kelas tu..hehe

merasa la juga pergi sekolah naik trak askar. naik land rover askar. buka boot kasut abah dan sebagainye..


Selamat Ulangtahun Tentera Darat Malaysia.teruskan berjuang! tengah tengok MHI TV3 live at Dataran Merdeka.

sempena dengan Hari Tentera Darat yang di sambut pada 1 Mac setiap tahun, mari kita sama2 memperingati pahlawan2 negara dalam menumpaskan komunis seterusnya memerdekakan negara kita.

aku bangga menjadi rakyat Malaysia yang aman damai dan bangga menjadi anak abah.hehehe.

** banyak aturcara telah disediakan sempena Hari Tentera Darat ni.korang datangla ke Dataran Merdeka k.


11 comments:

Ben Ashaari said...

Dulu mmg cita cita nak jadi tentera.. :) tapi tak tahan disiplin.. heheh

aeinio said...

sama2 anak tentera darat... huhuhu

zool said...

ye la.. kalau bapa seorang askar memang displin kuat. tu yg jadi seorang yang kuat tu

Puteri Katek said...

wah, ayah awak garang, tegas... tapi bagus la, bila dia garang, awk dh berjaya kan.... hehehehe...

awEEN said...

hye..saye singgah dari blog ben ashaari..nk share the same story.. saye pon ank askr pencen..abah pon pncen dgn pgkt pgwai waren 2.. abah saye unit jurutera kt kluang... experience g skolah naik trak?? kite same!!!! series..mmg terbayang diri saye bile bace entry ni.. =)

mas saari said...

singgah n follow dari blog abg ben..

salam perkenalan, moga berkekalan

selamat Hari Tentera Darat utk abah awak..

Ceiler Mun said...

wow..mesti awk ni sangat2 pandai..tiap2 tahun dpt no 1..tahniah..hehehe..

kem terendak?yeahh...sy tau kt mana...:)

aliarosli said...

tabahnye anda
semoge semakin berjaye

datang dari BA

nur said...

Anak askar memang disiplin kuat kan... slm kenal..
JOM KE: ALL IN ONE

Gimi said...

Garangnye...sebab garang dia tu la anda berjaya

KatekateKite said...

samelah kite! anak askar jugak tau! hehehee.....