Tuesday, March 1, 2011

Buta Mata, Terang hati (Episod akhir Drama Hani)

Ada yang berdepan dengan krisis kewangan, ada yang berhadapan dengan masalah rumahtangga dan sebgainya, tapi jika difikirkan itu hanyalah segelintir cubaan yang datang menduga kepada kita insan biasa. yang memiliki tubuh badan yang sempurna dan akal utk berfikir.

kita mungkin tidak pernah memikirkan tentang nasib orang kurang upaya OKU, iaitu cacat penglihatan seperti buta, cacat pertuturan seperti bisu, cacat pendengaran seperti pekak. dan juga tidak memiliki tangan ataupun kaki.

tetapi kita mungkin jarang atau tidak pernah memikirkan tentang bagaimanakah golongan kurang upaya ini utk menyempurnakan tugasan mereka sebagai khalifah di muka bumi ini.

"bagaimana si bisu mengaji al-quran,
bagaimana si pekak mendengar kuliah agama,
bagaimana si buta untuk mengerjakan ibadah haji,
bagaimana si cacat mengharungi kepayahan utk menjalankan ibadah Tuhan"


Profail Insan Terpilih

Hj Mohd Lee Abdullah (Mat Lee)
anak ke 10 dari 11 adik beradik
4 daripadanya cacat penglihatan (buta)
seorang muallaf yang tekun dan taat kepada agama.

bagi memberi peluang kepada mereka yang cacat penglihatan untuk membaca dan menghayati kandungan al-quran, Persatuan orang cacat penglihatan Islam Malaysia telah mengeluarkan
Al-Quran braille kepada ahli-ahlinya..

saya sendiri kagum melihat Mat Lee membaca al-quran..
semoga beliau dijadikan contoh dan tauladan kita semua..




sempat mengenali Mat Lee lebih dekat..

8 comments:

mizz pelangi said...

minat gler citer hani..mmg best n buat kta bsyukur dgn nkmat yg kta ada espcially mata kita :)

Myself said...

eh,ape ending dia?aku x tgk la smlm..

Tieah Madian said...

Huhh.. Memang sentap semalam tengok drama Hani..
Padahal tak pernah layan pun cerita ni sebelum ni..
Episod akhir dia benar2 menyentuh hati..
Sungguh! Terang hati orang2 buta ni kan..
Kita yang celik pun malas mengaji.. Dorang yang buta plak bersungguh2.. *malu



Entry Terbaru : Usianya Sudah 59 Tahun

redzuan ridz said...

tak berkesempatan nk tgk
sbb tnggal kat kolej kediaman
kat U.M . cuti sem nk tgk
mungkin citer ni pun da abis.

Koleksi Design Helmet Yang Sangat Unik Lagi Pelik

Cikrosecute said...

Cerita Ummu Hani memang best...Disaat nafasnya yang terakhir...Allah memberi kesempatan padanya untuk melihat wajah kedua ibubapanya..sebelum Ummi Hani meninggal..Itulah Kebesaran Allah..Cerita ni banyak hidayahnya..

Cikrosecute said...

Jalan ceritanya best..tiap2 minggu tak pernah miss tengoknya..hu...

EB said...

Salam,
Selamat Hari Jumaat saudara ku...

Mm aku x abis tngk lg HANI ni..
Almaklumla jarang sekali aku mnonton tv.. Insha Allah akan ku tonton smula once Youtube suda dtekan...

Leya Faizal said...

Bagus citer hani. Patut kat tv banyak dedahkan citer orang istimewa untuk manusia yang anggap diri sempurna sangat. Kita ni masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.