Alhamdulillah, sekarang dah selamat sampai di KL semula. Semalam dalam pukul 2.00 petang bergerak ke Nilai, Negeri Sembilan memenuhi jemputan ceramah motivasi untuk pelajar Sekolah Menengah Agama Nilai seramai 200 orang, habis program dalam pukul 5.30 petang terus
Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Rashidah dan Cikgu Suria, yang sudi menjemput saya untuk berkongsi bersama pelajar-pelajar di sana. Jom layan gambar-gambar di sana
Sampai je di lokasi terus siap-siap dan menyegarkan diri di chalet yang disediakan. Masa untuk beraksi... Aku kalau buat sesuatu pasti akan buat yang terbaik... Setakat suam-suam kuku tak mau lah hehehe. Terus terang... aku boleh dikatakan terlalu baru dalam bidang sebagai seorang penceramah ni, perasaan berdebar dup dap dup dap kebabommmm tu memang wujud. Alhamdulillah segala nya berjalan lancar dan peserta pun sangat supportive. Terima kasih!
Korang semua pernah pergi Taman Negara? Aku baru pertama kali. Wah...dah memasang angan-angan nak ke Taman Negara Endau Rompin pulak selepas dengar cerita yang di sana sangat best jugak..... Best wooo kawasan hutan ni.....sejuk, tenang aman damai dan sgt awesome.
Tapi tak bergambar pun kat kawasan sekitar, ada sedikit kekangan hehe....Jom layan gambar semasa sesi perkongsian aku......
*rushing
lady patut contohi awk.. bersemangat waja.. cekal.. :)..
ReplyDelete