tahniah..tahniah...tahniah...
itulah ucapan yang ikhlas dari aku untuk abg ahmad fedtri yahya yang telah melangsungkan perkahwinan di tempat pengantin lelaki iaitu kampung fedtri sendiri..
aku berkesempatan juga la untuk ke majlis menyambut menantu, iaitu isteri kepada Ahmad Fedtri yahya..di Arena Square, Pantai Remis Perak..memang satu perjalanan yang panjang, lama, jauh, memenatkan..tapi puas hati...balik rumah senyum abg fedtri kat aku masih aku ingati sampai sekarang..hehehe
punyala semangat giler pergi sana kan, malam2 tu aku siap cek kat google maps cmne nak gi pantai remis...almaklumla hamba xmampu nak beli gps kt kereta lg.hehe..esoknya pukul 8.30pagi dh kluar rumah...sebab dijangkakan perjalanan mengambil masa 3jam 30minit utk sampai dari KL.tak termasuk sesat barat...perghhh..kebas montot..heheh
kereta dh siap basuh, air kereta dh isi penuh2, minyak hitam dah cek, isi minyak penuh2 dan angin tayar di pam secukup rasa..terus bergerak dengan hati yg gilang gemilang..siap nyanyi lagu oooo..balik kampung...haha
hasil pemanduan cekap bekas pelumba F1 - Faris Akram..aku dah sampai ke Pantai Remis ngam2 3jam 30minit..xsesat la kan?bawa kereta pun xlaju mana..sebab pergi 2 org je..dari KL ke Jalan Duta ke Bidor ke Teluk Intan ke Sitiawan ke Kg Acheh ke Pantai Remis..fuhhh!!! memang jauh...tapi bila sampai sana, memang terlalu ramai org..ngam2 sampai fedtri tengah berarak masuk ke dewan utk bersanding..
pasukan kompang yang dijemput pun bukan sebarangan..ini CHAMPIONS punye..siap berkompang sambil menari dan menyanyi..ada lebih 15 lagu diorg nyanyi..dr lagu melayu, inggeris siap lagu hindustan lagi...
konsep perkahwinan yang abg fedtri buat ni ala2 kampung je..buat kt dewan terbuka kawasan dia..memang ramai giler orang kampung mengambil peluang datang utk menatap wajah lelaki idaman Malaya yang sudah memiliki pasangan sehidup semati..gugurlah air mata makcik2 tu sebab xsempat nak jodohkan dengan anak mereka...heheeh..xper sabar yer makcik, saya pun lelaki Idaman wanita..hehe
lepas persembahan pasukan kompang, ada persembahan zikir2 munajat dan doa2 dari pelajar2 sekolah tahfiz. di import khas dr Hulu Langat..memang mengusik jiwa alunan suara diorg.. makanan yang dihidangkan pun memang pelbagai. dari nasi minyak sampai ke laksa, sampai ke nasi ambang sampai ke kfc..hehe..kfc xdela..
lepas makan2 aku berkesempatan jumpa abg fedtri yang tengah makan berdamai..aku tengok nasi pun xusik langsung sebab ade je org nak ambil gambar mereka..Nurul Anati Ismail pun tersenyum simpul dan malu2..dia mesti tak sangka yang suami yang dia kahwini skrg mempunyai pengikut yang cukup tersendiri dan ramai..sabar ek nurul anati..Abg fedtri dh jadi milik awak..apa2 pun Nurul anati memang sangat cantik...
lepas dapat ambil gambar 2-3keping..aku terus kena balik..sebab driver cekap dan hebat serta jurukamera amatur ku ini ada progam di malamnye..so kenala blk skrg..almaklumla..perjalanan 3jam 30 minit..heheh..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pagi tadi buka la FB..rasa kecik ati giler...sedih pun ada..kecewa pun ada...hehehe
sebab tiba2 nampak gambar2 team MHI dan team MAJALAH 3 datang majlis umah abg fedtri..alalalalala...tak dapat jumpa diorg..terutama Nurul Syuhada...penat dia cari saya..
kalau x, boleh jumpa Ally Iskandar, Abby Fana, dan krew MHI..macam jurumekap aku haritu, kameraman dan FM yang sempoi...
sian Nurul Syuhada pakai centik2 xdapat jumpa aku..hehe..
apa2 pun tahniah abg fedtri..
ps: abg fedtri janji nak belanja aku honeymoon masa aku kahwin nanti..yes!! nak pergi Korea boleh x?hehe
8 comments:
WAH......
syukur.. nie ala2 hadiah hari lahir awak tahun nie tau...
kan????
hehehe..
dan... nak habaq lah.. gaya entry awak nie buatkan kak ayu jeles tau.. terbaiklah....
waa..sama cantik sama padan.. hehehe
pagi tadi tengok kat TV3-MHI...meriah dan berbudaya @ Pantai Remis. selamat pengantin baru pad kedua mempelai.
selamat pngntin baru fdtri!
bro sukur bila pulak?
hehe
oit! syuhada da nak kawen la...hahaha.. ingat sukuribrahim ni krew MHI ke?kekeke
sgt gigih ea nak smpi Pantai Remis
oit! syuhada da nak kawen la...hahaha.. ingat sukuribrahim ni krew MHI ke?kekeke
sgt gigih ea nak smpi Pantai Remis
oit! syuhada da nak kawen la...hahaha.. ingat sukuribrahim ni krew MHI ke?kekeke
sgt gigih ea nak smpi Pantai Remis
oit! syuhada da nak kawen la...hahaha.. ingat sukuribrahim ni krew MHI ke?kekeke
sgt gigih ea nak smpi Pantai Remis
Post a Comment