Tuesday, April 19, 2011

HOTFM IMPIANKU

This is a sticky post until I win :)
To read new entries...please scroll down

di suatu petang yang hening..ketika aku sedang merehatkan badan setelah seharian bekerja..tiba2 aku menerima satu panggilan telefon..dalam keadaan mamai dan segala kemalasan yang ada..aku angkat juga panggilan tu..yerla..mana tahu ada orang nak bagi kerja untung juta2 ke kan?HEHE..

Hotfm : Hello..Encik Mohd Sukur ke tu?
Aku : Iya..boleh saya bantu?
Hotfm : Kami menerima penyertaan Encik semalam di website kami berkenaan segmen Hotfm Impianku...
Aku : ok..a'a..saya baru hantar semalam..selama ni dengarje kat radio..tapi baru semalam nak hantar..
Hotfm : sebenarnya Encik..penyertaan tu dah di tutup sehari sebelum Encik menghantarkan penyertaan.
Aku : yeke? oo..nak buat cmne..saya terlambat skit..
Hotfm : tapi setelah membaca impian Encik, kami bersetuju untuk memilih Encik sebagai finalis kami di segmen Hotfm Impianku..
Aku : really? alhamdulillah..betul ke ni?? Ni bukan panggilan hangit kan???hehe..
Hotfm : betul..saya merasakan impian Encik sangat bagus dan unik..jadi, kami telah menyenaraikan Encik antara finalis Hotfm Impianku ini..
Aku : wahhh..terima kasih..
Hotfm : saya dah masukkan nama Encik di website kami..dan Encik dah boleh mengundi bermula dari hari ni..
Aku : terima kasih..hehehehe



perghhh...tak ku sangka penyertaan last minit.com aku di terima..memang sangat terperanjat ok..actually memang dh banyak kali dengar iklan yang di wawarkan di radio Hotfm tu..tp semangat nak buka web dan menyertai nye amatlah malas..xthu kenapa..buka FB rajin pulak..haha..

tapi semalam, bertemankan kawan aku Faris, aku dengan penuh rasa rendah hati tapi berjiwa besar, nak cuba nasib untuk memasuki pertandingan ni..ayat2 yang aku tulis dalam form yang kena isi tu pun memang spontan..tapi penuh dengan luahan isi hati aku ni yang suci murni ingin menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat setempat..

kenangan bersama Hotfm Viva Zoomers


Jujur aku katakan kat sini, kejayaan dan apa yang aku ada skrg adalah hasil semangat dan pertolongan banyak pihak. secara langsung ataupun secara tidak langsung. so, aku nak jadikan kejayaan aku harini sebagai pembakar semangat untuk semua orang berjaya.

aku nak sangat menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat..tapi tak tahu dengan cara cmne untuk balas budi semua..nak bagi duit, xdela kaya sangat..:p..nak bagi sumbang tenaga, tak cukup kaki tangan..:)..jadi aku pilih cara mcmni utk menyumbangkan apa yang aku ada harini..

Realisasikan Impian Demi Kebaikan Bersama
Program ini diharap dapat menimbulkan kesedaran dan muhasabah diri sesama insan kerana dengan mesej dan elemen kemasyarakatan yang disampaikan melalui konsep Impianku, secara tidak langsung dapat membuka mata dan minda semua untuk berusaha meningkatkan potensi diri dan mengubah nasib bangsa.

aku nampak segmen atau program yang dibuat oleh Hotfm Impianku ini mampu merealisasikan impian aku ni..nak bagi semangat kat masyarakat luar yang hidup ni perlukan semangat dan motivasi yang tinggi untuk berjaya.aku yang kekurangan kaki dan tangan ni pun mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain..takkan korang tak boleh kan??:)



hidup ni xboleh putus asa. life must go on! kita yang mencorak hidup kita. memang la ada cabaran, memang la ada dugaan, tapi suka atau x, kita kena tempuh juga. maybe Allah saje nak uji kita dengan cabaran yang sebegitu..tapi pengakhiran nanti, Allah berikan kita kemenangan dan kejayaan. tu aku sangat PERCAYA!!!


nama aku tercatat dalam web Hotfm



5 Penyertaan Terbaik
Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Terima kasih kepada semua yang menyertai peraduan Impianku.

Satu program kemasyarakatan dari Hot FM yang menawarkan insentif bernilai RM 50,000 untuk dikongsi oleh 5 pemenang sebagai pencetus semangat dan titik permulaan bagi merealisasikan impian dan hasrat murni demi kebaikan bersama.

5 penyertaan terbaik akan menerima dana oleh Dana Belia 1 Malaysia untuk membantu komuniti anda!

aku nak minta jasa baik semua, tak kira kawan2 di Facebook, di Twitter (ceh..mcm ada Twitter je), di blog ( tak kira Ben Ashaari mahupun Jejariruncing) serta kawan2 blogger aku sekalian..korang la harapan aku untuk aku mencapai Impianku ini..



korang hanya perlu pergi ke website yang link nya aku bagi kat bawah ni..



dan vote finalis kesayangan korang iaitu aku yang comeyl lagi hensom bergaya ini..hehehe


vote IMPIAN KELIMA tau...

janji vote k!!

segala kerjasam korang amat2 lah aku hargai..hanya Allah dapat membalasnya...

last but not least..


aku SAYANG korang ketat2!!! :)

48 comments:

  1. Tahniah,.. Moga impian mu tercapai,.. suka tgk sukur gembira,..

    ReplyDelete
  2. congrates
    pencapaian yg terbaik nieh :)
    hope so tercapai

    nk jadi PA kaw nieh kalo menang
    hahaha

    ReplyDelete
  3. tahniah...semoga impian tercapai...
    gud luck! dah vote dah..yay!

    ReplyDelete
  4. already vote for u bro. nanti naz war-warkan kat blog ye, insyaAllah

    ReplyDelete
  5. I will vote for u.. hope syukur mng..

    ReplyDelete
  6. tahniah....semoga impian sukur menjadi realisasi...shida dah vote

    ReplyDelete
  7. tahniah sebab terpilih..done voting..:)

    ReplyDelete
  8. thniah , insyaAllah smoga anda berjaya .
    nak gi vote laa ni jugak . haha

    ReplyDelete
  9. assalam...gudluck n tahniah...baru nak vote...harap vote ini membantu

    ReplyDelete
  10. dah vote sukur...
    harap sukur berjaya!

    ReplyDelete
  11. terharu tengok semangat awak. :)
    voted. :)

    ReplyDelete
  12. tahniah dari saya.. semoga impian akan terlaksana.. gembira dapat mengikuti blog ni.. ikhlas dan salam kenalan..

    ReplyDelete
  13. impian ke-5? done!!
    ::datang dari blog abang ben:: :)

    ReplyDelete
  14. i vote for u ! hope menang yer ! gudluck ! =)

    ReplyDelete
  15. yes dah vote.
    moge berjaya okeh.

    gudluck.=)

    ReplyDelete
  16. semoga impian Sukur tercapai hendaknye...InsyaAllah...amin.. :)
    done vote! ^_^

    ReplyDelete
  17. dah vote utk abg syukur.. semoga berjaya yer!!

    ReplyDelete
  18. dis for u abang sukur.=)

    http://nuriratulumairah.blogspot.com/2011/04/realisasikan-hotfm-impian-abang-sukur.html

    ReplyDelete
  19. suda vote..moga impian anda tercapai yup..amin..:)

    ReplyDelete
  20. dah vote..hope awk menang eh. :)

    ReplyDelete
  21. Zyzy dah vote and siap suruh pembaca blog zyzy votekan jugak :) Wish you luck .

    ReplyDelete
  22. kami hanya membantu, kalau berjaya teruskan usaha...

    ReplyDelete
  23. dah vote!! good luck ye..;)))

    ReplyDelete
  24. tahniah...moga saudara berjaya realisasikan impian murni

    http://sitinalhuda.blogspot.com/

    ReplyDelete
  25. tahniah..smoga impian tercapai....dh vote......

    ReplyDelete
  26. okey..LM dah vote.moga berjaya.

    ReplyDelete
  27. semoga berjaya..
    vote sudah..:)

    ReplyDelete
  28. wah.. bestnye.. tahniah!!! best of luck 4 u..=)

    ReplyDelete
  29. Tahniah...good luck...dah undi..

    ReplyDelete
  30. mokcik pasti vote untuk Sukur :)
    Moga Sukur berjaya, Amin.
    psssttt!!! mokcik dah vote :)

    ReplyDelete
  31. Moga Impian Sukur tercapai. Selamat berjaya!!

    ReplyDelete
  32. No wonder lah rasa mcm biasa nampak....xstudent UKM ghupanyer... time UKM dulu, selalu gak nampak anda makan di kolej UO or PUSANIKA...sy bdk UKM thn 2003-2006 =) kagum OK tgk anda....sangat kagum...tabahnye hati anda menempuh dugaan Nye... BTW...gud luck...will vote 4 u...

    ReplyDelete
  33. Juga dah vote, semoga impian Sukur tercapai. Semoga berjaya ek !

    ReplyDelete
  34. sudah vote kamu, insyaAllah impian kamu tercapai, :)

    ReplyDelete