Tuesday, April 19, 2011

HOTFM IMPIANKU

This is a sticky post until I win :)
To read new entries...please scroll down

di suatu petang yang hening..ketika aku sedang merehatkan badan setelah seharian bekerja..tiba2 aku menerima satu panggilan telefon..dalam keadaan mamai dan segala kemalasan yang ada..aku angkat juga panggilan tu..yerla..mana tahu ada orang nak bagi kerja untung juta2 ke kan?HEHE..

Hotfm : Hello..Encik Mohd Sukur ke tu?
Aku : Iya..boleh saya bantu?
Hotfm : Kami menerima penyertaan Encik semalam di website kami berkenaan segmen Hotfm Impianku...
Aku : ok..a'a..saya baru hantar semalam..selama ni dengarje kat radio..tapi baru semalam nak hantar..
Hotfm : sebenarnya Encik..penyertaan tu dah di tutup sehari sebelum Encik menghantarkan penyertaan.
Aku : yeke? oo..nak buat cmne..saya terlambat skit..
Hotfm : tapi setelah membaca impian Encik, kami bersetuju untuk memilih Encik sebagai finalis kami di segmen Hotfm Impianku..
Aku : really? alhamdulillah..betul ke ni?? Ni bukan panggilan hangit kan???hehe..
Hotfm : betul..saya merasakan impian Encik sangat bagus dan unik..jadi, kami telah menyenaraikan Encik antara finalis Hotfm Impianku ini..
Aku : wahhh..terima kasih..
Hotfm : saya dah masukkan nama Encik di website kami..dan Encik dah boleh mengundi bermula dari hari ni..
Aku : terima kasih..hehehehe



perghhh...tak ku sangka penyertaan last minit.com aku di terima..memang sangat terperanjat ok..actually memang dh banyak kali dengar iklan yang di wawarkan di radio Hotfm tu..tp semangat nak buka web dan menyertai nye amatlah malas..xthu kenapa..buka FB rajin pulak..haha..

tapi semalam, bertemankan kawan aku Faris, aku dengan penuh rasa rendah hati tapi berjiwa besar, nak cuba nasib untuk memasuki pertandingan ni..ayat2 yang aku tulis dalam form yang kena isi tu pun memang spontan..tapi penuh dengan luahan isi hati aku ni yang suci murni ingin menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat setempat..

kenangan bersama Hotfm Viva Zoomers


Jujur aku katakan kat sini, kejayaan dan apa yang aku ada skrg adalah hasil semangat dan pertolongan banyak pihak. secara langsung ataupun secara tidak langsung. so, aku nak jadikan kejayaan aku harini sebagai pembakar semangat untuk semua orang berjaya.

aku nak sangat menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat..tapi tak tahu dengan cara cmne untuk balas budi semua..nak bagi duit, xdela kaya sangat..:p..nak bagi sumbang tenaga, tak cukup kaki tangan..:)..jadi aku pilih cara mcmni utk menyumbangkan apa yang aku ada harini..

Realisasikan Impian Demi Kebaikan Bersama
Program ini diharap dapat menimbulkan kesedaran dan muhasabah diri sesama insan kerana dengan mesej dan elemen kemasyarakatan yang disampaikan melalui konsep Impianku, secara tidak langsung dapat membuka mata dan minda semua untuk berusaha meningkatkan potensi diri dan mengubah nasib bangsa.

aku nampak segmen atau program yang dibuat oleh Hotfm Impianku ini mampu merealisasikan impian aku ni..nak bagi semangat kat masyarakat luar yang hidup ni perlukan semangat dan motivasi yang tinggi untuk berjaya.aku yang kekurangan kaki dan tangan ni pun mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain..takkan korang tak boleh kan??:)



hidup ni xboleh putus asa. life must go on! kita yang mencorak hidup kita. memang la ada cabaran, memang la ada dugaan, tapi suka atau x, kita kena tempuh juga. maybe Allah saje nak uji kita dengan cabaran yang sebegitu..tapi pengakhiran nanti, Allah berikan kita kemenangan dan kejayaan. tu aku sangat PERCAYA!!!


nama aku tercatat dalam web Hotfm



5 Penyertaan Terbaik
Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Terima kasih kepada semua yang menyertai peraduan Impianku.

Satu program kemasyarakatan dari Hot FM yang menawarkan insentif bernilai RM 50,000 untuk dikongsi oleh 5 pemenang sebagai pencetus semangat dan titik permulaan bagi merealisasikan impian dan hasrat murni demi kebaikan bersama.

5 penyertaan terbaik akan menerima dana oleh Dana Belia 1 Malaysia untuk membantu komuniti anda!

aku nak minta jasa baik semua, tak kira kawan2 di Facebook, di Twitter (ceh..mcm ada Twitter je), di blog ( tak kira Ben Ashaari mahupun Jejariruncing) serta kawan2 blogger aku sekalian..korang la harapan aku untuk aku mencapai Impianku ini..



korang hanya perlu pergi ke website yang link nya aku bagi kat bawah ni..



dan vote finalis kesayangan korang iaitu aku yang comeyl lagi hensom bergaya ini..hehehe


vote IMPIAN KELIMA tau...

janji vote k!!

segala kerjasam korang amat2 lah aku hargai..hanya Allah dapat membalasnya...

last but not least..


aku SAYANG korang ketat2!!! :)

48 comments:

Yana Yassin said...

Tahniah,.. Moga impian mu tercapai,.. suka tgk sukur gembira,..

Kodet said...

semestinya aku vote....

Unknown said...

congrates
pencapaian yg terbaik nieh :)
hope so tercapai

nk jadi PA kaw nieh kalo menang
hahaha

habsahharun said...

tahniah...semoga impian tercapai...
gud luck! dah vote dah..yay!

Naz Al Yahya said...

already vote for u bro. nanti naz war-warkan kat blog ye, insyaAllah

Izamir Ridzwan said...

I will vote for u.. hope syukur mng..

Haris Kaito said...

dah vote!!

Unknown said...

saya dah vote! :)

aDisH.sHidA said...

tahniah....semoga impian sukur menjadi realisasi...shida dah vote

nur amalina athman said...

tahniah sebab terpilih..done voting..:)

eyjalukman said...

thniah , insyaAllah smoga anda berjaya .
nak gi vote laa ni jugak . haha

Unknown said...

dah vote!

Anonymous said...

assalam...gudluck n tahniah...baru nak vote...harap vote ini membantu

mas saari said...

dah vote sukur...
harap sukur berjaya!

Amirah Hawa :) said...

terharu tengok semangat awak. :)
voted. :)

halila Ibrahim said...

tahniah dari saya.. semoga impian akan terlaksana.. gembira dapat mengikuti blog ni.. ikhlas dan salam kenalan..

sentuhanurani said...

gud luck! dah vote dah :)

xiraburkhan said...

impian ke-5? done!!
::datang dari blog abang ben:: :)

♥sophie♥ said...

i vote for u ! hope menang yer ! gudluck ! =)

tarijemariatul said...

yes dah vote.
moge berjaya okeh.

gudluck.=)

Nurshafiraamin said...

semoga impian Sukur tercapai hendaknye...InsyaAllah...amin.. :)
done vote! ^_^

WakafKita11 said...

dh vote pn !

Nurul Mazni Sawal said...

dah vote utk abg syukur.. semoga berjaya yer!!

Kelab Kembar Malaysia said...

dah vote ko dah! moga berjaya yer!

tarijemariatul said...

dis for u abang sukur.=)

http://nuriratulumairah.blogspot.com/2011/04/realisasikan-hotfm-impian-abang-sukur.html

anismelon said...

suda vote..moga impian anda tercapai yup..amin..:)

amny said...

yeaahh..amni vote..^^

FizA said...

dah vote..hope awk menang eh. :)

ZyzyAfrina (: said...

Zyzy dah vote and siap suruh pembaca blog zyzy votekan jugak :) Wish you luck .

Unknown said...

kami hanya membantu, kalau berjaya teruskan usaha...

Sunah Sakura said...

okehhh!!!

diyana said...

dah vote!! good luck ye..;)))

nalhuda wanlin said...

tahniah...moga saudara berjaya realisasikan impian murni

http://sitinalhuda.blogspot.com/

Anonymous said...

tahniah..smoga impian tercapai....dh vote......

maisarah sarah said...

dh vote.huhuhu..semoga berjaya

Lydia Miza said...

okey..LM dah vote.moga berjaya.

aliarosli said...

cayok-cayok

dah vote

Unknown said...

vote byk kali boleh..hehe

Anonymous said...

semoga berjaya..
vote sudah..:)

merpati putih said...

wah.. bestnye.. tahniah!!! best of luck 4 u..=)

Nurul53 said...

Tahniah...good luck...dah undi..

Oh Oeya said...

mokcik pasti vote untuk Sukur :)
Moga Sukur berjaya, Amin.
psssttt!!! mokcik dah vote :)

Nin said...

Moga Impian Sukur tercapai. Selamat berjaya!!

CiK Nik @ keNek :) said...

No wonder lah rasa mcm biasa nampak....xstudent UKM ghupanyer... time UKM dulu, selalu gak nampak anda makan di kolej UO or PUSANIKA...sy bdk UKM thn 2003-2006 =) kagum OK tgk anda....sangat kagum...tabahnye hati anda menempuh dugaan Nye... BTW...gud luck...will vote 4 u...

Suwaibah YS said...

vote for sukur~ ^_^
gud luck

dobbod said...

Juga dah vote, semoga impian Sukur tercapai. Semoga berjaya ek !

shahsyaz said...

sudah vote kamu, insyaAllah impian kamu tercapai, :)

nadia said...

gud luck :)