Tuesday, January 11, 2011

Luahan hati Ana Raffali - Juara AJL25


Saya tak rasa menyanyi dalam apa jua loghat atau slanga itu merupakan satu jenayah berat mahupun masalah negara. Saya juga tak rasa yang cara nyanyian saya adalah satu yang memalukan sebagai gadis melayu yang tinggal di Kuala Lumpur. Mungkin lebih mudah kita lihat cara nyanyian seseorang itu seperti cara kita bertutur. Tak semua orang sama, tapi kenapa kita mampu memahami antara satu sama lain.

Saya hargai kelainan kita yang berbilang bangsa, asal dan keturunan. Jika ada syarat yang ketat untuk membolehkan orang berbual atau berkomunikasi sesama sendiri, atau seelok-eloknya kita semua patut mematuhi satu cara lazim sewaktu bertutur, pelbagai persoalan akan timbul. Cara bertutur mana yang patut kita ikut, peraturan bahasa apa yang perlu kita pegang? Sanggupkah kita biarkan bahasa kita sendiri terbiar sekiranya seluruh dunia mengagungkan bahasa yang lain? Cara kita bercakap mencerminkan identiti kita. Perlukah kita bertukar identiti hanya untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan orang?

Saya harap pendengar-pendengar saya tak menghukum saya atas kemampuan saya, kesukaan saya, perwatakkan saya menyampaikan lagu-lagu yang saya tulis sendiri. Saya bukan seorang penyanyi yang dasyat, tapi saya seorang penulis lagu yang faham keinginan lagu-lagu yang saya tulis. Saya juga tak merasakan adapun slang yg keterlaluan ketika menyanyi yang menjejaskan maksud yang cuba saya sampaikan, mungkin ia disalahfahamkan dari lenggok melodi yang saya cipta. Saya masih menyanyikan lagu-lagu melayu, Alhamdulillah ada yang faham. Muzik itu universal, tanpa memahami maksud sebenar lagu kita dapat menyukai apa-apa melodi, (saya peminat band jepun seperti Glay & Judy and Mary dan saya langsung tak faham apa yang mereka katakan dalam lagu tapi saya masih suka).

Dan saya percaya, melalui minat pada sesuatu lagu akan timbul keinginan untuk memahami dengan lebih mendalam. Daripada itu, kita dapat lihat usaha sesetengah individu yang mencari lirik sebenar dan merangkai maksud sendiri berdasarkan pengalaman atau imaginasi masing-masing. Terharu saya bila mendengar atau membaca komen daripada awak yang meyakinkan saya, awak seorang pendengar yang aktif, yang cukup menghargai penat lelah saya menulis lagu untuk duduk dekat di hati awak, yang memaafkan saya atas kepayahan memahami sesuatu lagu hanya kerana kekurangan saya sebagai penyanyi tapi langsung tak kisah sebab suka, menerima saya sebagai seorang individu yang lain sedikit dari yang biasa dan cuba memahami isi hati saya..

luahan hati ana raffali- click sini untuk ke blog beliau...*****ana raffali******

9 comments:

kedai berjalan said...

luahan hati konon cm melayu sedangkan die sendirik nyanyi ala2 pelat malay..retis memang pandai berbahasa..

zaimah said...

tahniah ana raffali :)

kocix! said...

waah bgus nya blog..

ween said...

kesian dia kena hentam sbb keputusan juri. bkn salah dia :(

Grow Taller said...

kacian kat ana raffali kan..baru aje nak naik dh kene dh..haish..manusia-manusia

~~waniyummy~~ said...

tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siap tahu?dah menang kan..terima jelah walaupun sedih FT xmenang AJL

Siti Sifir said...

sian gak kt ana...
dh rezeki die...
http://bit.ly/fkEUv7

hans said...

sokong ana rafali

Review Film : 127 Hours Mengujakan Kerana Ia Adalah Kisah Benar

shypon77 said...

Hanya jauhari yang mengenal manikam...mungkin yang tak puas hati tu tak faham format sebenar AJL dan artis pujaan mereka yg popular tu tak menang...AJL bukan untuk artis popular tapi untuk lagu dan lirik yang terbaik...anyway,tahniah ana raffali teruskan usahamu untuk seni tanahair