Sunday, August 29, 2010
GENGBLOGGER GATHERING!!buka puasa...sedyyhhh...
Thursday, August 26, 2010
dalam perut ada seoul garden..:p
Tuesday, August 24, 2010
kadar zakat fitrah diseluruh malaysia 2010
ZAKAT FITRAH |
PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya. | |
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari. | |
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya. | |
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan. |
Negeri | Kadar Zakat Fitrah 2010 (RM) |
Perlis | 6.00 |
Kedah | 7.00 |
Pulau Pinang | 7.00 |
Perak | 7.00 |
Selangor | 7.00 |
Negeri Sembilan | 6.50 |
Melaka | 6.50 |
Johor | 5.00 / 7.50 * |
Pahang | 7.00 |
Terengganu | 5.00 / 7.00 / 8.00* |
Kelantan | 7.00 |
Sarawak | 5.20 |
Sabah | 6.80 |
Wilayah Persekutuan | 7.00 |
Saturday, August 21, 2010
pendedahan eksklusif: isu econsave
Friday, August 20, 2010
lagu raya paling famous
semangat giler tak?baru seminggu lebih berpuasa sibuk dah nak raya..biasala..aku kan masih kecil dan comel..hahaha
bukan nak cite pasal raya sangat..cuma nak survey antara lagu raya lama dan lagu raya yang terkini sekarang mana yang korang minat??kenapa aku tanya sebab tadi aku dah dengar ade sebuah kedai ni dah mainkan lagu-lagu raya..huhu..lagi tak sabar hamba nak raya..haha
kalau bagi aku..memang minat giler lagu-lagu raya yang lama2..orang cakap sekali dengar memang tangkap leleh abis gua cakap sama lu..boleh menitiskan air mata jantan..hahhaa..antara lagu yang wajib aku dengar setiap kali hari raya seperti:
D. J. Dave - Menjelang Hari Raya
Aishah - Pulanglah
Aman Shah - Kepulangan Yang Dinanti
P. Ramlee - Dendang Perantau
Sanisah Huri - Aidil Fitri
S Jibeng - Musafir Di Aidil Fitri
tapi antara lagu yang memang tak jemu dek halwa telinga mendengar nye memang la lagu2
Dato' Siti Nurhaliza..memang setiap tahun hots n meletop abis wei..kalau carta download free atau berbayar melalui handphone tu memang paling tinggi la..
antara lagu beliau..
Siti Nurhaliza - Airmata Syawal
Siti Nurhaliza - Nazam Lebaran
Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran
lagu baru untuk raya tahun ni aku tak dapat dengar lagi..tak tahu sedap ke tak.tapi lagu-lagu lama memang terbaik..tu je..
**korang tak main mercun ke wei???sapa tahu nak beli stok mercun kat mana?
Wednesday, August 18, 2010
kembali ke alam nyata...
Monday, August 16, 2010
international blogger kah aku????:p
Sunday, August 15, 2010
berbuka puasa kat umah..tapi makanan banyak mcm kat hotel
Saturday, August 14, 2010
kejadian di jasin n preview makan2 sebelum berpuasa..
Interior Design kedai ni cantik..sejuk je mata memandang dgn warna hijau pucuk pisang..aku memilih duduk di dalam memandangkan ade aircond dan mencari plug point utk laptop..hehe..ice room ade wifi wooo...mana leh lepaskan peluang berinternet..hehe
Pilihan ice cream ais yg pelbagai
Di petang yang panas ni memang best la makan aiskrim utk sejukkan tekak.
Yang spesial kat sini ialah snow ice. Ada macam- macam perisa. Snow ice ni berbeza skit dari ABC. Tekstur dia lembut je. Macam aiskrim yang disagat halus. Ada yang ditabur ngan buah-buahan, agar2 , choc rice, kismis dan biji selasih.
Harga boleh tahan la..satu mangkuk tu dalam Rm7.90 -9.90. agak murah la.tp yg paling penting,aku xmakan ice tu aje..minta la menu lain..fish n chip..rasa mmg best dan harga pun boleh tahan..heheh.
korang yang ade kt area kl ni kena datang utk try..kat bandar baru bangi..pkns bangi n mcd area..blh jadi tmpt lepak pun ye juga..
selamat berpuasa..tertelan lak air liur ni tgk gmbr2 makanan..hahaha..daa..