Hati kita akan terguris pedih apabila bertemu dengan insan yang tidak mengenali erti kasih sayang yang murni & sejati. Kepedihan itu pasti akan terus tercalar sekiranya insan yang kita sayang berlaku curang di belakang kita. Apa yang boleh kita lakukan? Kita harus menerimanya segalanya dengan hati terbuka & segala yang tercetus ada hikmah di sebaliknya.
Meskipun kepiluan menerjah diri, kita harus redha & jangan tertekan. Ingat kepada-Nya & memang sukar untuk melupakan sidia yang pernah bertakhta di hati kita. Tapi jika kita yakin dengan langkah kita, ketenagan akan menghampiri & kebahagiaan pasti menjadi hak milik kekal di sanubari.
Bila cinta dikhianati, kita jangan terus menyerah kalah & kuatkan semangat untuk mengharungi liku – liku kehidupan ini. Sekali kecewa, tidak semestinya kita akan kecewa selama – lamanya. Insya'allah jika kita cekal & tabah kita akan mendapat jawapan pasti dimana yang baik & buruk.
Kekecewaan selalu menghampiri diri manusia tidak kiralah gagal dalam percintaan,kehidupan atau apa sekalipun yang penting seseorang itu harus tahu menjaga dirinya & tidak terlalu taksub dengan faktor keadaan.
Kalau putus cinta anggap sahaja sudah tiada jodoh, begitulah juga sebaliknya. Kita harus memikirkan masa depan kita & jagan dek kerana perkara sebegini, kita serik dan terus tertekan. Segala masalah ada jalan penyelesaian. Jika kita bijak, kita akan dapat keputusan muktamad. Berdoalah untuk kebaikkan,jangan dilupakan-Nya kerana Dia yang menentukan segalanya & Dia tahu yang terbaik untuk diri kita. Berfikirlah dengan akal yang waras, jiwa yang tenang & fikiran yang terbuka. Hukum karma itu berlaku..
Yang lebih baik pasti sedang menanti anda.
PALING PENTING JANGAN JADI HAMBA CINTA!!
dah tu nk jadi hamba ape?hehehe!
ReplyDeletedah tu nak jadi hamba aper?
ReplyDeletedah tu nak jadi hamba ape?
ReplyDeletejadi hamba Allah..hehehe...
ReplyDelete