Tuesday, March 28, 2017

TAKDIR ITU ANUGERAH #OKUTAPIOK



BIAR MIMPI-MIMPI KITA JEJAK SAMPAI KE BINTANG
----------------------------------------------------
Antara Impian saya nak ada buku sendiri. TAPI nak diterbitkan oleh publisher yang ternama. 
Gedik kan?

Tertunggu- tunggu mana-mana publisher offer. 
Banyak yang offer tapi offer mulut atau whatsapp je. Lepas tu diam.

Ramai juga cadangkan terbitkan je sendiri. Cari ghost writer kalau takde masa dan takde ilmu nak tulis.

Alhamdulillah Allah perkenankan impian jadi realiti. Dilamar PTS untuk buat buku kisah hidup yang ditulis penulis best seller Tuan Bahruddin Bekri. Memang suka sangatlah saya ni.
Sebelum buku kisah hidup saya akan memasuki pasaran tidak lama lagi, pihak PTS berbesar hati mengumpulkan status Facebook saya sebagai buku pertama saya.
Status-status FB ini kebanyakannya adalah monolog diri saya sebagai kekuatan untuk saya terus jadi KUAT.Ada juga nasihat-nasihat buat sahabat dari pengalaman yang saya lalu.
Mungkin juga antaranya emosi yang terhasil dari kehidupan seharian sebagai insan OKU tapi OK yang mencari rezeki sebagai usahawan #dstrikesolution

Alhamdulillah. Buku Takdir Itu Anugerah kini telah berada di pasaran. 
Sokongan kalian amatlah saya hargai sebelum terbitnya buku kisah hidup saya tidak lama lagi...
Buku 160 mukasurat berwarna ini berharga RM18.00 sahaja

Klik http://buku.dstrikesolution.com/

ATAU

http://store.dstrikesolution.com/product/takdir-itu-anugerah/