Tuesday, March 26, 2013

PILIH BERFIKIRAN POSITIF

Assalamualaikum

Terpanggil untuk berkongsi di blog selepas sekian lama menyepi. Aku memang sangatlah aktif meng- update status di facebook. Hehe. Setiap hari wajib ada status. Jumlah like dan comment kat status  FB memang banyak lah juga untuk aku yang bukan bertaraf selebriti ni wahahahahaha. Nak sign tak?.  :)


So setiap hari aku memang akan menghadap FB, tengok status kawan-kawan kat FB, jadi stalker yang abadi dan selalunya aku baca balik status-status FB aku sendiri.  Ye aku memang selalu baca semula status aku. Comel kan perangai aku... Bakal suami sapa lah ni....

So dari banyak nya status aku kat FB ada juga komen-komen yang aku dapat mampu mengguris jiwa aku, tapi bolayan aje lah... Ada yang lagi dasyat tu siap mesej kat inbox. Hehe... Berusaha keras betul nak mengguris hati orang... Apada....


Ada ke patut aku upload gambar aku pasang carpet setiap hari pun menjadi isu... Dah sah-sah lah aku ni pembekal karpet terulung dan menyediakan perkhidmatan pemasangan carpet. Setiap hari memang itulah yang aku lakukan, so upload la. Berkongsi. Kongsi ada org derma karpet surau sambil aku berbaring comel atas carpet, kongsi aku kerja pasang karpet tengah malam, kongsi aku olok-olok tolak karpet 1 tan berat hahahahaha. Kongsi aku tengah minum ais kacang lepas pasang karpet tengah panas... Memang aku suka lah kongsi-kongsi status, dengan harapan ada orang like wakakaka takde lah dengan harapan memeriahkan lagi wall kita semua.

Kalau bukan pasal carpet, aku update je la apa-apa status kat FB yang aku nak kongsi.


Tapi memang wujud manusia yang hanya pandang sisi negatif gambar tu je.. Ada ke cakap aku yang cute ni nak menunjuk ada job banyak.. Mangggg aihhhh kalo nak menunjuk baiklah aku menunjuk duit yang bersepah, kereta BMW X6 lapan bijik ke... Itu kalo nak menunjuklah kan... Ada jugak yang cakap, boleh lah Sukur projek banyak, dia OKU orang mesti kesian, jadi bagi projek... Amboi, jeles aku OKU ke, ko nak jadi OKU? Best ke dapat kesian orang? Setiap hari ke jumpa orang yang kesian dengan aku?

Jadi padamkan pandangan tersebut. Cuba fikir sisi positif, betapa setiap hari rajin nya aku bekerja takde lah nak g minta sedekah mahupun duduk diam-diam tak berusaha, betapa aku sedang menjalani kehidupan sebagai manusia normal yang macam korang semua, betapa kagumnya aku dengan orang yang berjaya menderma duit dengan banyaknya so kita semua jom ada banyak duit supaya boleh derma dengan banyaknya juga.


Aku hanya nak berkongsi sesuatu yang positif di FB. Entry ni juga nak ingatkan diri aku....


Aku pun kadang-kadang bila tengok status-status kawan-kawan rasa cam jelesnya dengan kebahagian dieroang, jelesnya tengok dia dah kahwin dengan gemilangnya, jelesnya tengok dia melancong satu dunia,  jelesnya tengok dia kaya raya dan jelesnya dia tu dia ni dan macam macam lagi. Ya kita manusia memang ada perasaan jolos... Cuma, macam mana cara kita gunakan perasaan jeles kita tu??? Menjadi PEMANGKIN untuk kita pun hidup bahagia dan kaya atau pun menjadi perasaan dengki dan hasad yang merosakkkan jiwa kita sendiri.

aku memang PILIH untuk memilih berfikiran positif

Pastu aku baca balik status aku, ye status aku pun kebanyakan nya menunjukkan aku sedang bergembira, tapi selain dari status tu, banyak lagi status lain yang sebenarnya berlaku dalam kehidupan aku, cuma biarlah status-status yang negatif tu aku tak sebarkan dengan berkongsi dengan lebih ramai orang di FB, cukuplah aku dan mereka yang tahu je tahu....

Sama juga dengan kawan-kawan aku yang update status gembira-gembira, pasti ada episod duka dalam hidup, cuma mereka pilih untuk berkongsi kegembiraan, bukan meroyan wahaha. 

Saban hari pelbagai cabaran aku lalui...Sangat!  Korang nak tau, korang melangkah satu tapak, aku kena langkah tiga langkah kaki aku nak sama dengan langkahan korang. Maksudnya, aku memang perlu usaha lebih untuk diri aku supaya sama dengan korang. Korang beli jubah terus boleh pakai, aku beli jubah yang sama, kena potong lebih dari separuh untuk aku pakai dan siap kena bayar upah jahit. Maksudnya aku kena earn more utk kelangsungan hidup aku untuk sama dengan korang.

Kita semua sama, hidup ada episod sedih duka dan merana, hidup juga dalam episod pelangi,ceria, bahagia dan tawa. Kita pilih hari ini episod mana yang kita nak fokus.Semaikan rasa kasih sayang yang mendalam sesama kita, nampak orang lain bahagia, kita bahagia... Mudah-mudahan aku begitu.

Buat sesiapa yang suka update status status meroyan, gaduh dengan suami isteri pun nak letak dalam FB, please hentikan. Kita sebarkan rasa positif dan kasih sayang. Lebih-lebih lagi insan macam aku perlukan kasih sayang yang lebih. Ok itu lawak...

Ok. Tu je, semoga bermanfaat. 

7 comments:

Kniedaz said...

Kalau ikut kata orang, remuk redam hati ni..bolayan je la..janji kita happy ^_^

Unknown said...

yerp... fikiran yang positif akan melahirkan tindakan yang positif hidup pastinya lebih positif ...
* follow sy ... angkat jari telunjuk kiri kanan letak tepi dahi .... yea yea yea .... fikiran yang positif yea yea akan jadikan kita insan hebat yea yea .... hihiihi

su said...

Salam sukur

sue pun ska bca status2 sukur..tak salah nak share gmbr2 kita.. yang mana kutuk2 tu, diorang tu "terlampau amik berat" tu... ignore je.. jeles la tu dgn sukur... huhu

Unknown said...

saya mengagumi ketabahan encik dalam mengharungi cabaran hidup, hingga kami memilih kisah encik sebagai tugasan kami..saya sangat terharu..saya mengenali saudara dalam artikel di dalam majalah wanita..sememangnya berfikiran positif mampu membuat kita menggapai apa saja yg kita inginkan dengan berbekalkan usaha yang penuh kesungguhan dan semangat yang tak pernah luput..saya ucapkan, semoga pernigaan encik terus maju (n_n)

Unknown said...

Saya kagum dengan ketabahan encik dalam mengharungi cabaran hidup.. saya mengenali encik dari artikel yang terdapat dalam majalah wanita, dan untuk pengetahuan encik, kami menjadikan kisah hidup encik sebagai bahan kajian dalam tugasan kumpulan kami..saya sangat menyokong bahawa persikap positif mampu membuatkan kita sangat bermotivasi dalam mencapai sesuatu dalam hidup kita...tidak kira berapa kali kita jatuh tersungkur, tapi seandainnya kita menganggap ianya suatu yg positif, kita mampu bangun dan mencapai apa yg kita inginkan..saya ucapkan moga perniagaan encik sentiasa dalam keadaan yang baik.. (n_n)

Anonymous said...

touching & nasihat yg baik..seronok tgk oku yg positif mcm kamu..smga Allah memberkati :)

Emma said...

Sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan.. =D