Sunday, June 24, 2012

MAJLIS PERKAHWINAN AMYRAH ARTEH

Assalamualaikum semua...

Sangat teruja nak berkongsi dengan korang semua tentang Majlis Perkahwinan Amyrah Arteh yang aku pergi 9hb 6 2012 yang lalu...  Walaupun teruja tahap kebabom masih juga aku update tentang ini terhegeh-hegeh, patut lah aku tak pernah di jemput pergi mana-mana event sebagai blogger. Haha...

Wah! Sebenarnya aku sangat la teruja sebab dah lama sangat tak jumpa Amyrah ni, kali terakhir jumpa tahun lepas bulan December....dan sebenarnya itu juga kali pertama kami berjumpa...Macam mana aku berkenalan dengan Amyrah JOM BACA DI SINI. Hahaha... Lepas jumpa ada berhubung di facebook jugak.Sikit-sikit .. Jadi bila di jemput rasa macam terharu sungguh.. Apa lagi terus lah tersangat nak pergi...

Majlis Perkahwinan ni buat di Kampung Pengantin,  Platinum Victory. Lepas solat Maghrib baru aku bertolak dengan bersangka baik kepada trafik di Kuala Lumpur..keh keh keh... Think positive adalah aku. Sebenarnya aku gerak lambat sebab banyak urusan belum setel untuk majlis aku pada hari esoknya... 10hb6 2012....  Majlis Kesyukuran Sukur..... Siang 9hb tu pun aku ada pasang karpet jugak rasanya tak pun ada site visit..lupa, yang penting memang pack jadual ku..hehe.. Busy kan? Cet! Hehe

Sekali amik kau! Dah setel melalui kesesakan comel (maksudnya jem yang biasa-biasa) di KL sampai je di depan PV tu banyak pulak kereta tengah beratur tunggu mahupun cari parking... Berbekalkan teknik dan ilmu pengetahuan yang pernah aku pelajari...KEBABOM! Dapatlah parking yang terbaik setelah cuma 3 kali pusing... Alhamdulillah.... walaupun lambat sangat melakukan teknik tersebut haha... Janji buat okey! TRIGGER!

Maka aku dengan partner aku pun jalan dengan gembiranya dan terujanya walaupun tahu dah lambat sangat sebab kami jumpa ramai juga yang sedang berlari-lari anak pakai baju cecantik nak g majlis kahwin....


Masuk je, nampak Amyrah dan Encik Suami beliau Fadzil sedang makan.... Maka, terlepaslah kami aksi persandingan mereka.....

Besar sangat Dewan Kampung pengantin ni...tempat yang baru dan cantik, suasana dan pemandangan yang best... Pasangan pengantin memang lah cantik dan menawan.....

Terus ke meja dan makan dan usha mana-mana mangsa untuk dijadikan teman bergambar hahaha....

Sambil menyelam minum air yo! Pergi Majlis Amyrah dan bergambar bersama selebriti... Ulang sekali lagi..aku kan attention seeker sepenuh masa...

Setel makan, nampak Chad, penyampai Hotfm yang selalunya bertugas di malam hari ... terus aku buat muka yang memang orang akan cakap.."Jom jom meh amek gambar..alo cian dia bucuk-bucuk" Haha... Mana ada, aku kan macho lagi kiut cakap je, --->; Hai Chad! Nak amik gambar boleh? Setel! Hehe... terima kasih!





Suara Chad memang sedap sungguh! Suka suara dia dan juga suara Deen.. 


Lepas ambil gambar dengan Chad terus beratur untuk salam dengan pengantin sambil ucapkan tahniah dan minta  doakan jodoh saya juga yang terbaik serta mengambil tempias kot-kot tahun ni boleh la aku jadi suami kepada  bakal isteri aku....Aminnnn.....




Pasangan yang sangat friendly dan sweet... Semoga Allah merahmati dan melimpahkan kebahagian buat mereka... Bercinta hingga ke syurga.....Amyrah dan Fadzil


Lepas salam-salam dengan pengantin dapatlah pulak bergambar dengan Ikhwan dan Suraya... Terima kasih sudi bergambar dengan saya....

sekali pandang macam Maher Zain dan peminat.... okey lempang.. Sama hensom kan?

Suraya.... manis dan berdarah manis jugak kan?


Rasa macam tak puas pulak bergambar dengan pengantin, amik kau...mari bergambar dengan banting dan pelamin dari luar dewan...kesian..... hahahaha.... 


Pon boleh...... Cantik kan? Besar okey tempat ni!



pss: kawan-kawan doakan urusan jodoh saya dipermudahkan... Semoga Allah mengaturkan segala yang terbaik dan termampu untuk saya melaluinya...

Terima kasih Amyrah sudi menjemput saya....Semoga berbahagia dan bercinta hingga ke syurga...





Friday, June 22, 2012

SNOGURT -BERSAMA RAJA FARAH

Assalamualaikum semua...


Sekarang cuaca boleh dikatakan sangat panas, masalah jerebu pun berleluasa..Kadang-kadang memang membuat kita rasa perlukan sesuatu untuk meredakan kepanasan lagi memberikan suasana nyaman dan dingin untuk tekak dan perut kita semua. 


Jadi hari tu, *maksudnya dah lama jugak* mencari sesuatu untuk memenuhi impian di atas, dalam pukul 4.30petang sempena pulang awal dari tempat kerja singgah la di Metro Point Kajang sebab dah lama usha Snogurt dari tepi jalan semasa ulang alik lalu  depan kedai tu dari Sg Chua ke Semenyih.... 


Dengan cuaca yang sangat panas memang sesuailah dengan waktu aku pergi tu..hehe... Bila pertama kali pergi memang la excited terlebih.... 


Bukti baru balik kerja..muka minyak-minyak dan peluh-peluh, aku kan kerja buruh halus 



Paling excited adalah kawan aku yang gila dengan apple pie... sebab ada perasa apple pie okey frozen yogurt di Snogurt nih... pergh memang terbaik kata beliau... aku pulak suka mango peach kot haha lupa lak apa entah perasa tu..Sedap dan nyaman.Pun aku ada makan perasa coklat, wild berry dengan laici... Aku lagi suka coklat yang kat Tutti Frutti... hehe.. 


Harga memang Snogurt murah sedikit berbanding Tutti Fruiti... ...bawah RM5.00 la untuk 100g...


Masa datang tu Raja Farah, Pemilik Snogurt di Metro Point ada kat kedai tu, apalagi ajak lah beliau bergambar dan berbual-bual... Hehe..

Makan sambil bergambar dengan retis...Memang pakej yang dinanti-nanti untuk attention seeker sepenuh masa macam aku. Hahaha... Kau ada?

Bertudung dan sangat sweet Puan Raja Farah ni... aku seperti biasa comel lah kan.


Secara keseluruhan memang puas hati dan menyelerakan... Kat situ siap ada loyalty card.. Bila penuh cop kat loyalty card tu boleh dapat 200g percuma..

Jadi buat yang tak pernah rasa, jom lah rasa..sedap dan berkhasiat!

ni motif nak tunjuk kegemukan ke ape?



okey ni kurus sikit...blogger poyo haruslah bergambar bagai kan? Ala tak susahkan orang pun.. So what?





Entry ni dah ditaip dari hari Rabu yang lalu, hari ni baru reti nak siapkan... I love u all pembaca sekalian... Harap-harap kamu semua pun suka saya....Selain comel saya pun periang juga!


*Semoga hari Jumaat membawa keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah untuk kita semua...

Friday, June 15, 2012

FORUM : BUDAYA BELAJAR DI MATRIKULASI

Assalamualaikum semua...

Tahun ini adalah tahun ketiga aku dijemput untuk menjadi antara ahli panel Forum: Budaya Belajar Matrikulasi, sempena Minggu Orientasi Kolej Matrikulasi Selangor (KMS)....Sungguh terharu lagi berbesar hati sebab masih dijemput untuk menjadi ahli panel kali ketiga berturut-turut.... Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya yang comel lagi hensem ni...kannnnnnn......

Tahun ni sangat berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya sebab beberapa perkara... Antara yang paling dirasakan

*dah takde lagi cikgu kesayangan aku di KMS ni, beliau baru berpindah ke Matrik Labuan.... sedih je masa datang hari tu...okey aku gedik.Rindu mee rebus campak-campak beliau haha
*dapat heret kawan sendiri, Abid datang sekali untuk jadi ahli panel haha. Terima kasih Abid! Terbaikkk...


Memang beribu lemon lah pelajar yang berjaya mendaftarkan diri di KMS hari tu...semoga apa yang aku kongsikan dapat memberi serba sedikit gambaran, peringatan dan pesanan yang berguna untuk dijadikan  bekalan sepanjang setahun atau dua tahun mereka berada di sana nanti....

Seingat aku (akibat lambat sangat baru reti nak update dalam blog) program tu hari Rabu, jadi, lepas je setel kerja dalam pukul 6.30 petang,aku gerak sekali dengan Abid dan geng aku.... Seri Kembangan ke Banting lenih kurang satu jam....

Aku cadangkan nama Abid kepada penganjur....Abid ni student master kat UPM, tengah buat kajian pasal apa pun aku tak tahu hahaha tapi ada kaitan dengan pemakanan la... Aku saja cadangkan nama Abid supaya beliau boleh berkongsi dengan lebih detail lagi sebab beliau pun pelajar sepenuh masa sekarang...

Kali ini aku rasa sangat seronok dan bersemangat sebab Pengarah KMS, Tuan Haji Mustafar pun turut sama sewaktu sesi ni... Aku sangat kagum dengan kehebatan dan semangat Pengarah sendiri yang bersungguh-sungguh mendengar perkongsian dari kami ahli panel.... Pengarah okkkkeyyyy...

Pelajar-pelajar KMS sepatutnya lebih bersemangat dan gembira sebab ada Pengarah yang begitu baik, mengambil berat dan bersemangat...Bertuah adik-adik semua....

Orait masa yang ditunggu telah tiba...  Jom layan gambar yang menunjukkan betapa cutenya aku...

comel sangat la aku duduk...camna ni? 

peluk microphone... kalau ikutkan hati nak karok lagu Lelaki Ini...

siapa setuju saya cute? angkat tangan...

apa abang ni? cute ke? conpius.....

terima kasih Tuan Pengarah dan warga KMS sudi jemput saya, tahun depan jemput lagi *blushing*


Last sekali mestilah sesi gambar wajib aku: Gambar skema, siap aku yang susun sendiri kerusi untuk bergambar di bawah ni... Aku memang over bila aku siap susun aku terus je naik atas kerusi tu duduk diam-diam kat tengah-tengah...aku lupa ada Tuan Pengarah hahahaha... aku kalau bab bergambar terus lupa semua..fokus sangat nak bergambar...hahaha...

Seronok jumpa semua... Abid paling cantik! Yang lain hensem hehehe

Okey, jumpa lagi di entry seterusnya...sebelum tu nak ajak kawan-kawan semua like FB page RopolRopol.com ni.... boleh kan? Pelbagai koleksi menarik untuk anda atau orang tersayang...

Friday, June 8, 2012

CERAMAH TEROKAI DIRI SENDIRI

Assalamualaikum semua..

Mencuri masa... Tapi mengaku sahaja ada masa lah tu.. dah lama nak siarkan entry ni tapi tak sempat nak cari mana gambarnya.
Minggu lepas dapat menjayakan program untuk Institut Pengurusan Kesihatan untuk berkongsi berkenaan tajuk Terokai Diri Sendiri.

Aku dijemput oleh Puan Aida Hashim yang pernah menjadi antara peserta semasa sesi ceramah aku yang lalu. Terima kasih memberi kepercayaan kepada saya.

Perkongsian tentang diri sendiri yang selayaknya dihargai dan melakukan yang terbaik untuk bukan untuk diri sendiri sahaja, juga untuk ibubapa, keluarga dan setiap yang keliling.

Aku sangat ingin menyampaikan setiap kita semua ada kekuatan masing-masing. Pilih untuk hidup gembira dan bahagia.

Kelemahan memang fitrah manusia...Terima dan rasa kerdil. 
Kekuatan memang anugerah terbaik yang perlu di kongsi, sebarkan dan hargai.

Setiap hari aku pun terus mencari kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidup aku ni...
Apabila aku berkongsi dengan kalian, aku juga sedang mengingatkan diri sendiri betapa banyak liku-liku yang telah aku lalui dahulu dan kini semua telah pun aku lalui....
okey!
Marilah melayan gambar yang penuh dengan kecomelan aku



Request semua duduk depan untuk lebih nampak dengan jelas betapa comel dan kacak aku ni

terima kasih atas kesungguhan yang dipamerkan

Eh, ni promote diri melampau ni....ini sudah lebih..haha

khusyuk sungguh mendengar celoteh aku

sekejap je 2 jam berlalu dah habis sesi ku



Okey, semakin lama semakin aku mencintai dunia pentas perkongsian... seronok rasa berkongsi. Banyak lagi yang perlu aku baiki dan ilmu yang perlu diserap...

Masa bagi ceramah memanglah berdebar dan gementar sampai kadang-kadang aku hilang perkataan apa yang perlu dicakap... 
Ada satu waktu tu aku tengah cerita pasal sindiket peminta sedekah boleh pulak aku sebut konspirasi peminta sedekah... hoi konspirasi hoi! punyalah pendengar aku ni buat muka kaget ->>konspirasi ? konspirasi peminta sedekah? 
Nasib baik ada yang bantu mendapatkan perkataan sindiket...ulang 8kali sindiket 
Banyak sangat konspirasi hidup aku ni_


pss:InsyaAllah saya dah bertemu antara mentor yang hebat untuk menjadi hebat juga...ceeewwwaahhh

Thursday, June 7, 2012

KEJUTAN DI HARI LAHIR

Assalamualaikum semua...

Mula-mula sekali saya nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua yang memberi ucapan dan doa sempena ulangtahun ke-15 saya.. okey sebenarnya ke-28 tahun. Gurau-gurau pun tak boleh hahaha... Okey, seperti yang telah dijangka ada kejutan di hari lahir, ada majlis yang dibuat dan dihadiri oleh Wani, Nad, Renni, Syuhada, Azizi dan Alan....

Masing-masingkan dah kerja dah besar ada hal urusan sendiri jadi aku sangat terharu apabila mereka semua sudi meluangkan masa untuk datang meraikan hari lahir aku...

Walaupun dah 28 tahun aku sangat menantikan kedatangan hari lahir aku, yelah setahun sekali dan anda sedang meraikan ulangtahun kelahiran anda di dunia! Hey!kena lah hargai dan nikmati perasaan gembira, bahagia, dan bersyukur dapat lahir ke dunia dan dah 28tahun pun hidup di dunia ini. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku yang banyak selama tinggal di muka Bumi Allah ini....

Okey...sebenarnya memang terharu...

Dalam pukul 7.00 malam tiba-tiba je Nad, Syuhada,  Azizidan Alan datang pejabat aku... terkejut okey.. wah tak sangka... dah la sensorang masa tu sebab Putra semalam ada hal kat luar... Wani pula katanya nak masak kat rumah dia untuk sama-sama berbuka dengan aku..padahal dia tak puasa pun. wek!

Paling terharu Azizi pun puasa sekali... Okey la sekarang kan bulan rejab, baguslah kan puasa boleh praktis untuk bulan Ramdhan yang akan tiba nanti....
Azizi dengan Syue siap baru bali dari kerja terus ke tempat aku...

Dalam konon-konon nak surprise tu memang sangat kelam kabut hahaha... aku dan Azizi berbuka dengan air masak je dulu.. dalam pkul 8.00 malam baru boleh makan sebab baru siap... Memang tahap tak layak langsung pergi ujibakat Masterchef hahahha... *gurau*

Okey, menu semalam Nasi Ayam dari Wani dan Renni, Pavlova dari Nad dan Alan serta keropok dan murtabak dari Azizi dan Syuhada


siap ada koktel.... 



meriah sangat Pavlova ni... rasa memang sesuai untuk umur aku yang 15 tahun ni.... 


muka terharu dan paling penting lapar.....

muka tak sabar nak tiup kek...

sopan sungguh.... ye la kang terpercik air liur terpaksa aku makan sensorang pavlova yang sedap sgt ni

comel sanagt aku dan pavlova

comelkan? mesti lah...kata sweet-15

potong untuk Renni yang tak sabar

letak gambar Renni supaya jadi pembaca setia blog saya...boleh?


makan dengan gembira sebab semua pun sedap




Nad sebelum buat sup oren

Apa lah Syue tengah propa tu, semua nak kena pandang dia hahaha

alhamdulillah dah 28 tahun hidup di dunia... terima kasih semua!
azizi krisis pun ada blog ok...
syuhada rosmin pun ada blog walaupun bersarang..kekeke


Semoga dengan kesempatan umur diberikan Allah tingkatkan keimanan dan ketakwaan aku.... limpahi aku dengan kasih sayang dari Nya serta makhluk-makhluk ciptaanNya.... berikan aku kebahagiaan untuk aku dunia dan akhirat....

Wednesday, June 6, 2012

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK AKU


tanggal 6 Jun 1984 kelahiranku disambut dengan penuh kegembiraan..:)
nasibku baik..sifatku sempurna, tapi 'begini'...serius comeyl kan?.:)

walaupun masa depan aku masih kabur masa tu..entahkan hidup entahkan mati, entahkan berjaya entahkan tidak...entahkan boleh berdikari entahkan sentiasa mengharap simpati..

tapi mak dan ayah aku tak pernah putus asa memberikan kasih sayang dan didikan yang terbaik untuk aku..

tidak pernah membezakan aku dengan yang lain..

syukur sangat dengan kejadian yang Allah berikan kepada ku..

sebab tu nama ku SYUKUR..walaupun ejaan sebenar namaku SUKUR..

 tak kisahla..yang penting maksudnya aku bersyukur..

alhamdulillah..

aku sekarang bahagia..aku mampu berdikari sendiri..mampu bekerja sendiri..mampu memberikan kerja kepada orang lain..mampu menguruskan kehidupan aku dengan gembira...

tiada benda yang nak aku rungutkan tentang kehidupan ku..walaupun mungkin aku selayaknya boleh melakukan sedemikian..betul??



hari ni genap aku umur ku yang ke 15 tahun..eh perasan muda dan comeyl lagi ke encik sukur wooiiii...hehe
apa2 jerla..tak kisah la berapa..

yang paling penting aku nak bagitahu masyarakat yang aku bahagia..jujur..bahagia sangat..kebahagiaan yang aku tak boleh beli dengan wang ringgit..

aku ada perniagaan yang aku usahakan sendiri..aku ada kawan2 yang menyayangi aku, aku ada adik beradik yang mengasihi aku, aku ada family yang kuat menyokong aku dari belakang..

tanpa kalian siapalah aku...

doakan yang terbaik buat aku k..doakan aku untuk menjadi JUTAWAN..
JUTAWAN yang tak lupa asal usul kelahiran ku..
JUTAWAN yang tunduk dan taat pada tuntutan Allah..

aku akan doakan kalian seperti itu juga,,,

AMIN...

Akhir sekali..selamat hari jadi kepada diri ku ini...:)

sebagai hadiah..kawan kawan semua kena LIKE fan page aku ni k..
sila promote fanpage aku yang comel hehe

sayang korang KETAT-KETAT...

Monday, June 4, 2012

BLOGGER VERSUS PERUNDING MOTIVASI

Assalamualaikum semua....

Sampai je KL dari Melaka semalam pukul 10.15malam... jalan jem okey.. terus siap-siap ke Jusco Maluri pasang karpet needle punch untuk booth client.

Memang banyak kerja kena setelkan minggu ni sebab kerja yang janji nak siapkan Sabtu yang baru ni tertangguh sebab aku mahupun staff aku semua tak tahu Sabtu lepas adalah cuti umum.Terpaksa lah tidak menepati janji kepada pelanggan-pelanggan aku sekalian yang aku janji Sabtu nak pasang karpet lah, vynil lah, partition lah..semua lah. Apeda.. Lidah tak bertulang betul, sedap je berjanji dan tidak menepati...

Eh kenapa mcam pernah dengar tentang lidah tidak bertulang ni...

Hahaha...okey, itu tajuk wawancara dalam Generasi Y yang mana aku dijemput sebagai perunding motivasi untuk episod Sabtu lepas. Gelak sambil menangis sekarang juga..

Layannnnn......

tak berjaya nak sorok sekalian bekas jerawat hahaha


Aku memang malu sendiri nak tengok sebab aku tahu aku adalah sangat debor ketika itu..mana taknya, aku datang lenggang kangkung dengan penuh persedian sebagai seorang BLOGGER santai bukan PERUNDING MOTIVASI.....





Aku simpan lagi dalam mesej-mesej yang dihantar kepada aku antaranya:


" Saya dh tgk blog saudara n GENERASI Y berminat nak jemput saudara sebagai panel di studio. Detail seperti dibawah....."

Nampak tak ada perkataan blog... aku baru je nak berbangga sebab ini program atau acara pertama yang aku dijemput sebagai blogger tapi nan hado.... sebagai Perunding Motivasi...kau ada?

Aku ni memang bukan blogger ke? Takde orang sedari ke kewujudan aku yang terlalu comel dalam dunia keblogeran ni? Haha

Memang blog aku pun biasa-biasa je, UV memang paling ciput, mungkin syok sendiri jugak lah....



Sebenarnya lah kan, rasa nak hantuk je kepala kat dinding bila 10minit sebelum rancangan baru aku diberitahu aku dijempt sebagai Perunding Motivasi *ulang 8 kali*... maka memang begitulah hasilnya.... amik kau Perunding Motivasi... hahaha... aku ni Pengongsi Pengalaman je senah oi...




Namun, banyak juga pujian yang aku perolehi, paling banyak memang cakap aku hensem dan comel..Biasa sangat dah pujian ni*makanpenamparjekangni*

Tapi, ada juga yang mengkritik cakap muka aku pucat la, gabra la bla..bla..bla..bla... hahaha... terima kasih kerana terlalu prihatin kepada saya....


Secara peribadi, memang aku berikan yang terbaik hari tu walaupun terkejut tahap kena renjatan , tetap eksaited memang tahap melampau lah dapat masuk TV hahaha.... Lain kali pasti akan buat yang lagi terbaik... Jadi semua TV panggillah aku tau...

BUNGA

Pengalaman yang sangat bermakna untuk aku sebab pertama kali masuk RTM TV1 hehehe...jumpa Bunga Cinta Lestari yang cantik, *aku siap kecik hati, ramai juga mesej bukan nak sibuk pasal aku tapi sibuk nak tanya contact no Bunga kat sebelah aku* hahahaha... memang tak dapat lah sebab aku pun takde, pergi lah layan Youtube die yang best gila dan berinformasi dan ada juga yang tahap boleh melayakkan beliau masuk Raja Lawak yer cik Bunga...



Okey, nampaknya aku dah kena mempersiapkan diri aku sebagai Perunding Motivasi, mana taknya, ramai dah tahu tau hahaha....

Masa tengok Generasi Y ni kat Melaka dengan keluarga aku, Abah siap telefon adik beradik dia paksa tengok TV1 hahaha..
video

Okey nak tidur dah, hari Rabu ni jangan lupa tau semua hahahaha....