Friday, July 20, 2012

SUPER PREMIUM AISKRIM TERHEBAT DI MYDIN MITC MELAKA

Assalamualaikum semua...

Korang suka makan aiskrim? Samalah! Aku pun suka... suka sangatlah tak terkata...Nak dijadikan cerita, ada pulak kawan aku yang bukak kedai aiskrim homemade di Melaka... Ni kawan masa kat Matrik Melaka dulu.... Tak sangka la beliau ni berbakat buat aiskrim... dah la aiskrim super premium tahu tak? Ala yang macam Hegen Dez atau Basking Ruben tu....tau? tau la kan.... so aiskrim die memang sangat padat lagi lazat....

Masa balik Melaka hari tu sempat la berkunjung ke Mydin MITC Melaka yang besar tu... Oiiii apalagi, pergi la menjamu perut dengan aiskrim super premium  tu..... Kiosk aiskrim Nurul's Homemade Ice Cream ni memang sangat senang untuk kita semua  pergi betul-betul kat laluan pejalan kaki kat bahagian depan Mydin tu..... 


Ni la kawan aku kat Matrik Melaka dulu... Nurul Hidayah... owner dan pembuat aiskrim
aku kena pakai kerusi untuk berdiri sama tinggi..hehe

pelbagai pilihan.... semua dijamin sedap 



tengok... yang caramel tu dah habis.... yang warna oren tu sedap sungguh! Sebelah die yang warna cream tu pun sedap sangat

So ni yang aku makan... ada coklat, cookies n cream, mint dan yang oren tu tak ingat nama hehehehe

kat depan kiosk ada tempat duduk yang kita boleh lepak lepak sambil menikmat aiskrim..



memang strategik tempat dia



aku bakal menjadi duta ais krim beliau..percaya tak? mesti ramai pembeli..hehe

aku doakan perniagaan beliau berjaya dan sangat berjaya..dengar khabar akan membuka cawangan di KL pulak lepas ni...cewahhhh...berkembang maju abis..

so ayuhhh orang Melaka..jom sama2 banjiri kedai beliau..aiskrim buatan sendiri yang sedap..
paling penting HALAL..

boleh like fan page beliau 
pasti tak menyesal..sebab banyak promosi yang diberikan..
silap2 boleh makan aiskrim FREE seumur hidup..



3 comments:

finyz said...

sedapp nye eskremmm.

tp lagi sedap klu eskrem preee! huhhhu

Anonymous said...

assalamualaikum.

Princess Atie said...

Sy dh try aiskrim dia. Memang super sedap. Rugi tak try. Harga pun jauh lebih murah dari aiskrim yg berjenama. Selalu gak makan aiskrim dia, lepas penat ber'shopping' dalam Mydin tu.