Wednesday, April 18, 2012

TEATER UPIN DAN IPIN THE MUZIKAL - ISTANA BUDAYA

Assalamualaikum semua....

Hari Ahad lepas aku sempat pergi menonton teater Upin dan Ipin The Muzikal yang berlangsung di Istana Budaya. Abang aku dari Melaka, Abang Epol yang beria nak tengok bersama anak-anak beliau. Aku pun haruslah join sekali kan?

Sebagai review:

Teater ini memang dituju dan dipentaskan khas untuk kanak-kanak. Banyak pengajaran yang ditonjolkan..... Ermm aku sebagai bekas kanak-kanak memang agak sedikit bosan hehehehehe... Tapi tengok anak-anak buah aku dieorang seronok je.... Jadi memang kalau nak tengok datanglah dengan anak-anak, anak buah atau anak jiran yang masih kanak-kanak.....

Interaksi dua hala juga turut diselitkan untuk sentiasa menyegarkan keadaan....aksi-aksi gimik tidak keterlaluan juga ada..... Memang mampu menggembirakan anak-anak kita semua.

Sedikit mengecewakan aku adalah suara Upin dan Ipin memang terlalu berbeza dengan suara yang di televisyen... Intonasi pun berbeza.....Banyak faktor la kan yang menyumbang....Nak buat teater ingat senang ke hoi! Jadi terimalah seadanya kerana aku percaya pihak produksi sedang memberikan yang terbaik dari mereka untuk peminat Upin dan Ipin.....

Tapi suara Ihsan adalah hampir sama........Mei Mei dan Jarjit juga sama la....maka terubatlah kekecewaan di atas.....

Kanak-kanak berlakon teater memang awesome ya tuan-tuan dan puan..... sangat mampu membawa watak yang diberikan dan sangat berstamina

Dari segi props dan latar belakang pulak memang terbaik dan mengujakan....aku sangat kagum! Terbaikkkkk...

KPJ adalah sponsor utama yang turut menjadi antara jalan cerita teater ini

Barisan pelakon yang menjayakan.....

Upin dan Ipin yang sangat berstamina tinggi...serius aku kagum.

Kami beli tiket paling murah sekali RM36/pax

adik dan baby adalah peminat fanatik sebab tu abang epul bawa tengok teater ni

tengok muka Baby yang teruja sungguh dengan Ipin

Mei Mei....

Dua tiga kuda belang, halamak Upin dan Ipin hilang....hhahhahaha...Jarjit nya dialog

teringat aku kecik-kecik main guli mesti juara sebab aku adalah rendah hahahaha



bersama Tok Dalang....

Sekian...

1 comments:

irma said...

jeleznyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...