Monday, March 26, 2012

Penangan MENTOR 6 sudah bermula

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah diberi kesempatan berehat di hujung minggu yang indah..biasanya mengusahakan perniagaan sendiri D Strike Solution  membuatkan siang dan malam ku tiada bezanya..membuatkan hari biasa dan hari bercuti tiada ertinya..hehe..almaklumla..bisnes sendiri memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi..so memang kurang berehat..*poyo*

tapi di hujung minggu ni..aku mempunyai masa untuk berehat paling penting dapat menonton tv..selalunya tv hanya menjadi hiasan di rumah ini jer..itu yang malas nak pasang Astro..hehe..(alasan taknak bayar Astro..:p) .

TV pilihan untuk di tonton mestilah tv3 kan..dari satu rancangan ke satu rancangan aku ikuti.dari
Jalan-jalan Cari Makan (JJCM), ke Melodi, ke Buletin 1:30, sampai ke Soccerkids dan seterusnya ke Mentor 6.memang best la..hehe..


aku baru je lepas menonton Siaran Langsung Mentor 6 di TV3 tadi..memang nampak penangan dan kehangatannye..kegamatan Dewan MBSA rata2 dari penyokong, tak leh kata peminat lagi..sebab diorang Protege tu belum bergelar artis kan.. memang dapat dirasai..dan sudah pasti dari penyokong Anas...betu tak ya?

Hehe..marilah ber propa dengan mengatakan yang aku dah pernah jumpa Anas atau nama sebenarnya Anas Ridzuan ni sebelum dia masuk Mentor 6 lagi..dia salah seorang aktivis seni terutama seni teater yang sangat extreme...aku pernah berkesempatan menonton teater yang dilakonkan oleh dia pada tahun lepas di Putrajaya..pada pandangan aku, dia memang seorang yang berbakat..tapi tak tahu pulak dia ni mempunyai suara yang best...sampai Faizal Tahir pun boleh pilih dia sebagai Protege.kenapa dia tak pilih aku?haha..

aku kongsikan beberapa gambar dia semasa berlakon teater..

membawa watak Hang Lekir

membawa watak penaja @ Dato'


aku berkesempatan bergambar dengan para pelakon teater Juta-juta, Aloy, Kak Dek, budak comel dan Anas Mentor 6....


So far, kemenangan Anas pada Konsert pertama Mentor 6 tadi memang layak.betul tak?.walaupun memilih lagu yang bagi aku simple..tapi mesej sampai (ala kata-kata Faizal Tahir..hehe)..juri tetap Dato' Sharifah Aini pun boleh menangis..hehe.Ter'emo' seketika disitu..:p..huhu..

Aku harapkan lepas ni Anas dapat melakukan yang lebih baik dari apa yang dia lakukan pada malam ni..Protege yang lain lain pun jangan la pulak rasa rendah diri dengan markah yang Anas  yang jauh lebih tinggi dari Tisha dan Ana. Anda pun boleh buat sesuatu yang gempak..baru minggu pertama kan? kan?..hehehe..tiba-tiba nak bagi ceramah motivasi kan?bluewekkk hehehe

Korang percaya tak fenonema Anas ni dah semakin menular..serius tak tipu...tsunami rambut Anas buat  semua orang nak memiliki rambut yang sedemikian rupa..selepas Herman tino, Hafiz Awan Nano, sekarang Anas Mentor 6..

aku pun nak ada rambut macam tu.......




~


~



taaaarraaaaaaaa....




yehaaaaa....hehehe..

okfine bye!


0 comments: