Monday, January 16, 2012

#BAJETRETIS ATAU MEMANG RETIS

Hari Isnin menjelma.selepas cuti hujung minggu yang enak? Monday bluessss? Eh tidak perlu okey! Anda kena excited, bertenaga dan bersemangat kebabom....


Eh kenapa pulak nak kena berkelakuan sebegitu? Adakah kerana pada hujung minggu lalu (semalam) anda dah pekena gulai tempoyak ikan patin temerloh di Temerloh? Lalu anda terangkat! Bersemangat sehingga kini? Over sungguh...

memang terangkat*sedap sungguh*


Sebenarnya....sebenarnya....sebenarnya....*malu-malu tapi mahu sgt beritahu* saya berjaya menempel kan diri dalam majalah lagi...Jika tahun lepas (Disember 2011),ditemubual dari wakil majalah Mingguan Wanita seperti di ENTRY INI.....

Jadi kali ini majalah REMAJA pulak...wah, maklumlah sweet 17 kan? muahahaha....aku tak baca pun penulisan tentang aku lagi dalam majalah ni...belum sempat beli pun lagi. Baru semalam je pun keluar...walaupun aku memang lah comel BUKAN lah bererti tajuk kisah hidup aku dalam REMAJA ni 'Akesesori Pin Comel Terhangat'. Ya betul aku comel, terhangat pun ya! Tapi aku bukan aksesori pin hahahah..ok lawak kan? 

REALITI HIDUP: Sukur cekal bina kekuatan walaupun cacat
Jom dapat kan edisi di bawah:



Wartawan Mingguan Wanita dan Remaja yang memuatkan cerita tentang aku jumpa aku melalui blog ini... Wah! Terima kasih blog kesayangan saya yang sememangnya saya sayang...Merealisasikan impian nak jadi retis eh salah merealisasikan impian saya nak feel retis #bajetretis hahahahaha

Em, tak de lah excited mana (acecececece padahal...) sebab ni kali kedua kisah dikongsikan di REMAJA, 1st time masa kat Matrik Melaka dulu, waktu tu memang remaja sekarang masih remaja purba


Sempena dengan kewujudan Alif Satar dalam edisi REMAJA ni amekaw lagu dari saya buat semua pembaca blog mohdsukuribrahim.blogspot.com ikhlas dari hati saya:

Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak

Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak


*sebelum perasaan #bajetretis saya memuncak saya berhenti di sini dulu..hehe
*tajuk entry adalah sangat bajet ok!


1 comments:

maisarah sarah said...

okeh pagi2 tgk gulai tempoyak jadi laparrr -_-"