Wednesday, December 14, 2011

UNIFI sudah tiba

Yeay! Saya da jadi pelanggan Unifi untuk hari yang pertama. Akhirnya setelah beberapa kali mesyuarat diadakan bersama rakan perniagaan, kami telah pun membuat keputusan untuk melanggan Unifi. Sebenarnya, agak berat hati nak ambil Unifi sebab aku bukan nya selalu ada di pejabat pun, masa lebih banyak dihabiskan di dalam kereta dan di luar pejabat untuk bertemu pelanggan.

Namun disebabkan beberapa faktor positif lain tentang pentingnya Unifi, maka hari ini, wujudlah Unifi dalam kamus hidup aku…Kekeke, semoga dengan kehadiran Unifi, perniagaan aku akan lebih mantap-InsyaAllah.....Tiada lagi alasan lambat menghantar emel kepada pelanggan kerana broadband dah lebih limit penggunaan kekekeke…*sebenarnya dalam hati berbunga-bunga dapat bermovie marathon, gelak guling-guling layan MatLutfi dll perkara*

Yelah selama ni aku pakai broadband Celcom yang RM68 setiap bulan, kadang-kadang terleka dengan Youtube melayan Najwa Latif nyanyikan lagu Jar of Heart yang sodap tuh kekeke tau tau je internet dah lembab tahap gaban, emel kat client pulak tak terhantar..hehehe.

Bila dah ada Unifi ni boleh la juga menambahkan semangat nak update blog bersama banyak-banyak gambar tanpa perlu tunggu nak loading gambar berbelas-belas minit.

Kehadiran Unifi ni jugak semakin melengkapkan pejabat aku...yelah untuk perniagaan aku yang baru berpindah ke pejabat baru ni, pertambahan untuk penambahbaikan perlu, sikit demi sikit.....aku nak pastikan pejabat aku yang sedia ada ini mampu menghasilkan lebih banyak keuntungan dan peluang untuk aku terus maju ke hadapan..Cukup berimpian besar untuk punya empayar sendiri....

Wah bukan main aku memuji-muji Encik Unifi ni.hihihi, semoga segalanya baik-baik sahaja oke.


excited


tadddddaaaaaaa.....

2 comments:

Lydia Miza said...

sukur..pasni tida alasan lambat sampai ke blog sis sbb dah laju tau!

psst:cuba belek entri sis tadi..ada kek carrot tau!

Suwaibah YS said...

wah, pindah ofis kat mana plak..?
ade keje kosong tak sukur? heheheh