Saturday, November 19, 2011

TEMPAT MAKAN TERBAIK DI IPOH

Gempak sungguh tajuk hari ni. Macam lah aku ni orang Perak nak bagitahu tempat makan terbaik kat mana kan? Nama pun Sukur mestilah Encik Serba Tahu hahahaha. Ok! Menunaikan janji di entri INI untuk berkongsi tempat makan yang aku dah pergi masa singgah di Perak. Jadi, sempena musim cuti persekolahan ni, sesiapa yang ke Ipoh boleh la singgah tau!


1) WONGGEYYY WONNGGGEYYY

haaa....First time dengar nama, aku macam pelik pelik la. Rupa-rupanya kedai makan ini kedai mamak...ramai sangat orang datang, jadi bila orang datang pelayan kedai ni akan panggil wonggeyyy wongggey! mari! mari! hehehehehe... memang ramai la orang, siap kena beratur panjang.......hari tu aku makan ayam goreng berempah yang lengkap dengan telur masin. Apa yang lain makanan di wongggeyyy wonggeyy ni macam ada sambal yang first time aku makan. Sedap dan meriah! Jom cekidaut gambar-gambar posing maut berapi hahahahaa

ramai kan orang beratur?

Nama nya Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh

aku dan makanan umpama isi dan kuku.hahaha ade ke ?

manusia gembira selepas kenyang...Alhamdulillah


2) RESTORAN FUZIAH NASI AYAM BAZAR BULAT 1980

Ha! Ini pun memang terbaikkk! Nasi Ayam nya lain dari yang lain, ayam die memang cukup rasa. Rasa macam nak tambah dua kali tapi macam kuat kan iman je, jangan di layan nafsu makan aku yang melampau nih! Jadi, memang wajib cuba lah jika dah tiba di Ipoh!


haha, kata blogger pergi mana-mana sibuk nak ambil gambar walaupun sebuah papan tanda

terbayang-bayang kesedapan ayam yang digantung nih!

nampak kesedapannya kan? kan?

amekaw!




*update blog sambil lompat-lompat sebab Harimau Muda ke Final. yeyeye!

TUDUNG MASA KINI DARI ROPOLROPOL.COM

3 comments:

Chegu said...

perrgggh...meleleh air liur bro, aduiyai...

mashi said...

saya pon orang ipoh tapi sejak azali xpenah makan nasi wanggey tu hahahaha... nasi ayam fuziah tu pon baru bape bulan lepas try tapi x syiok la bg saya hehehe

maisarah sarah said...

ayah suka bawak gi kedai wongeyy2 tu.tapi memang ramai giler org.tmbh2 lak kedai dia ada 2 owner .cina dan india.hehehe