Friday, November 25, 2011

CAMERON HIGLANDS PART 2

Hai semua! Mari sambung cerita aku ke Cameron bahagian 2 pulak. Mane tau kot-kot anda semua nak ke Cameron. Hehehe...bolehla menambahkan semangat dan idea untuk ke sana.

bagi sapa2 yang tak baca lagi Cameron Highland Part 1 boleh klik disini k...



Lepas je balik dari jalan-jalan ke ladang-ladang, sampai je rumah memang semua lapar gilos la. Tapi semua pun buat muka hipokrit taknak mengaku lapar kebulur. Hehehe. Cuaca yang sangat sejuk memang menambahkan lagi perasaan lapar!

Seperti yang dirancang memang malam tu kami dah plan awal-awal nak buat steamboat sendiri. Pergh! memang sedap la...Rasa nak makan lagi dan lagi je sekarang.....Sesejuk, steamboat memang pilihan yg tepat.

Semua pun memainkan peranan masing-masing, Renni sebagai Chef, Wani ngan Syue sebagai pembantu....aku, sebagai Mandor, memastikan masing-masing buat kerja dengan betul kah kah kah...Aku mestilah masa tu sibuk online melayan pelanggan-pelanggan yang aku tinggalkan seharian sebab berfoya-foya, kena reply email, call dll. (oh busy nya aku, tolong percaya).

tomyam.....

segala jenis bebola, pepetak, uudang, dll


untuk ada feel Cameron, letak la strawberi....


tadaaaa......


Gambar sesudah makan tak mampu nak dikongsikan hahaha, nanti bakal mak mentua reject! I tak kisah, wanita-wanita yang wujud di sini kisah! Hahaha

Malam tu sambil-sambil makan, sebab makan semua paling kurang 5 round....jadi kami selitkan aktiviti bermain kad poker sebab Wani gian nak main...main untuk gelak-gelak je. Seronok sangat dengan gelagat budak-budak lampi main poker hahaha. Aku mestilah Sang Juara. Eh, yeke?


ni bukan menu tambahan, tapi menu sarapan pagi esoknya, sphageti, sosej keju dan hot choc untuk merasai ala-ala suasana sejukkkkk.....


pss:nanti kan bahagian 3, episod terakhir...

0 comments: