Tuesday, April 5, 2011

BULAN KESEDARAN AUTISMA

FAKTA: Austime

Merujuk kepada kecacatan perkembangan disebabkan gangguan neurologikal yang mempengaruhi fungsi normal otak.

Kanak-kanak yang menghidapi masalah itu mengalami masalah dari segi komunikasi, interaksi sosial, kecacatan deria, cara bermain dan kelakuan.

Bangsa, keturunan, tahap pendapatan dan pendidikan ibu bapa, kelas sosial bukan punca autisme.

Pakar Fizik terkemuka dalam sejarah, Albert Einstein dikatakan memiliki ciri autisitk.

Ada 18 simptom pesakit autistik termasuk terlalu aktif atau terlalu pasif, menolak perubatan rutin, kemahiran motor kasar atau halus yang tidak sekata, gemar memutar objek, menolak kaedah pendidikan biasa.

Mereka juga lazimnya sayang kepada objek yang tidak sepatutnya, enggan bertentang mata, berkelakuan pekak atau amat sensitif kepada bunyi, sukar bergaul dan mengekalkan satu corak permainan untuk masa yang lama.

Simptom lain termasuk enggan bergaul atau mempedulikan orang lain, tiba-tiba ketawa tanpa sebab, meniru percakapan orang lain seperti burung kakak tua, tidak takut pada situasi bahaya dan tidak peka pada kesakitan.

Simptom autisme :
Tidak suka bergaul
Tidak peka kepada kesakitan
Tidak suka dipeluk
Berkomunikasi menggunakan gerak syarat atau tangan
Terlalu aktif/pasif
Gemar memutarkan objek
Tidak bertentang mata bila berkomunikasi .
Bagaimana perasaan ibu bapa yang mempunyai anak begini?


Tidak ramai yang sedar bahawa bulan April merupakan bulan kesedaran autisma sedunia. Kita semua patut memberikan lebih kesedaran terhadap golongan ini. Bulan kesedaran autisma wajar diadakan kerana angka bagi kes ini semakin meningkat. Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap autisma sama seperti kanak-kanak normal yang lain kecuali kebanyakan daripada mereka perkembangan mentalnya agak lambat. Kebanyakan daripada mereka mempunyai masalah untuk bergaul dengan orang luar tetapi ada juga yang mudah bergaul. Dahulu saya mempunyai seorang rakan sepermainan yang menghidap autisma. Dia boleh bermain seperti kanak-kanak lain. Saya juga boleh bersenda gurau dengannya. Bagi saya tiada yang kurang padanya walaupun sesetengah orang memandang rendah kepadanya kerana sikapnya yang seperti anak kecil. Bagi saya golongan ini harus diberi layanan yang baik.

April adalah Bulan Kesedaran Autisma! Tunjukkan sokongan anda dengan melekatkan sticker ini di kereta anda! Hanya RM10, boleh dibeli dari saya. Membeli sambil menderma dan berjuang demi masa depan anak-anak autisma


sehubungan dengan itu, satu
MAJLIS MAKAN MALAM AMAL
TABUNG AMANAH MAKMAL KANAK-KANAK ISTIMEWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

MAKAN MALAM AMAL
TABUNG AMANAH MAKMAL KANAK-KANAK ISTIMEWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Program Makan Malam Amal ini merupakan program yang dianjurkan dengan kerjasama
di antara para penyelidik, ibu bapa dan guru-guru Tabung Amanah Makmal Kanak-kanak Istimewa UKM dengan unit Pendidikan Khas Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat dalam usaha menambah sumber kewangan makmal. Objektif Makan Malam Amal ini dengan bertemakan Malam Seribu Harapan diadakan adalah bagi mengumpul dana makmal dengan anggaran RM200,000.00 untuk tiga perkara utama, iaitu untuk membiayai belanja operasi makmal, membiayai penyelidikan mengenai kanak-kanak istimewa, dan membina prasarana yang lebih kondusif untuk pegajaran dan pembelajaran kanak-kanak istimewa.
Program ini adalah satu cara untk memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa, individu, masyarakat setempat serta badan-badan korporat untuk membantu makmal meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan demi mencapai objektif jangka panjang makmal ini iaitu untuk menyumbang ke arah meningkatkan perkhidmatan pendidikan untuk kanak-kanak istimewa di Malaysia.

SESIAPA YANG NAK JOIN MAKAN MALAM NI, BOLEH MENGHUBUNGI DORTOR HASNAH TORAN DI TALIAN 03-89216286 UNTUK BOOKING TEMPAT DUDUK. INSYA ALLAH SAYA PUN AKAN ADA DISANA NANTI.

Selalunya, individu autisme hanya dapat dikesan seawal usia 2-3 tahun. Ini kerana anak-anak autisma akan mempunyai kelambatan dari segi pertuturannya. Sebagai ibu yang mempunyai anak autisma, ingin sekali saya berpesan kepada ibubapa, pembesaran awal tahun kanak-kanak sangat penting. Pantau perkembangan anak-anak. Sekiranya terlewat, berjumpa pakar jika perlu. Autisma dapat dibantu dengan intervensi awal.

4 comments:

Puteri Nuur At-Terawis said...

RM150 sangat mahal :( kalau pergi sure nak pergi berdua.

Anonymous said...

ouh, baru fa tawu apa itu autisme

terima kasih atas info yang diberikan ye :D

sangat bermanfaat, seharusnya masyarakat kita didedahkan ilmu dan info yng bermaklumat seprti nih :)

~~waniyummy~~ said...

abg sukur nak pergi ke?nak g ajak tau...nak join...

Shafynnaz Roslan said...

baru tahu siptom-siptom dye...sebelum nie tak tahu pun....tahu name jek...thankz for the info...singgah kat sini...(^_^)