Saturday, October 23, 2010

realistik dalam kehidupan


Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian..

Setiap kesusahan, pasti ada kesenangan menanti. Tuhan menduga anda dengan kesukaran dan kesulitan untuk menguji iman anda terhadap-Nya, Jika anda lulus, pasti ada ganjaran dan nikmat yang tak terkira banyaknya.

Pernahkah anda mendengar kisah-kisah kehidupan orang yang berjaya? Bukankah di setiap kemanisan kisah kejayaan yang di kecapi tersulam kepahitan sebuah kehidupan. Penderitaan yang pernah ditanggung dahulu kini telah terbayar dengan kejayaan bergenerasi.

Hmm... Saya teringat, anda pasti sukakan hiburan! Pernahkah anda mendengar pepatah dunia hiburan ini "Cantik itu menyakitkan". Cantik adalah kejayaan kerana itu matlamat mereka, tetapi untuk mendapatkan kecantikan itu mereka perlu merasa kesakitan dahulu..

Kesimpulannya, jika anda mengalami kesusahan dalam perniagaan anda, percayalah anda sudahpun berada fasa pertama orang berjaya iaitu fasa susah kerana itulah asam garam dunia perniagaan. Tanpa asam dan garam makanan mana sedap... bagaimana jika anda makan sayur yang sentiasa rasa manis setiap hari? Saya rasa saya akan muntah kot...

Jadi, kesusahan dan kesulitan adalah bagus untuk anda dalam perniagaan. Ia dapat membuatkan anda sentiasa sedar dan realistik dalam kehidupan. Berbanding orang yang bekerja, mereka sentiasa selesa dengan kehidupan mereka sehinggakan minda bawah sedar mereka menjadi pasif dan lembam.

Apabila tiba masanya untuk mereka bangun dari tidur yang panjang itu, mereka berkata "Kenapalah aku tak buat itu dan ini dulu". Malangnya pada waktu itu mereka telah terlewat... Hayatilah maksud surah berikut..

Demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian,
Kecuali mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh,
Yakni mereka-mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran,
Dan berpesan-pesan dengan kesabaran..

-Surah Al-As-

**

1 comments:

feeda said...

ya, ur damn rite bro!beauty is pain!no pain no gain..mq tau x, bile i down dlm ape2 pon, bile i bace n tgk blog u, mood i mst akan change..blog u ni mcm charger i lak rs..neway thankz...:)