Saturday, October 2, 2010

Magika magik sangat ka????



movie day kini kembali..yeha!!!tapi ditegaskan disini..movie day hanya akan berlaku pada hari rabu yer..sekali lg..hari rabu..hehe..sebab apa?sebab of course la murah..tulx?nak berlibur pun kena berpada2 juga..jgn sampai membazir..

so event organizer of course la aku..membuat beberapa panggilan telefon utk mengajak beberapa org kwn utk sama2 menonton..tgk sorg2 mana best woo..mula2 plan nak tengok kat GSC alamanda..tapi xjadi sebab tiket nak booking melalui online abis..



"Magika" merupakan filem ke 5 terbitan KRU Studios yang berkonsepkan muzikal di bawah arahan Edry Abdul Halim .
Karya sulung Edry ini menampilkan barisan-barisan pelakon dan artis terkemuka tanahair seperti Mawi, Diana Danielle, Fimie Don, Ziana Zain, Ning Baizura, Maya Karin, M.Nasir, Aznil Haji Nawawi, Raja Azura, KRU, Dato Jalaluddin Hassan, Fauziah Ahmad Daud, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Adibah Noor, Saiful Apek, Senario, Vanidah Imran, Nabil, Norman Hakim, Zaibo, Marsha dan ramai lagi.

"Magika" menceritakan tentang Ayu dan Malik, dua beradik yang berada dalam kesedihan selepas kematian ibu mereka. Malik berasa lebih tertekan kerana memikirkan dialah punca kematian ibunya. DI suatu senja selepas bertengkar dengan kakaknya, Malik berjalan-jalan di hutan sehinggalah tersesat ke dalam sebuah alam ghaib bernama Magika.
Namun, nasib tidak menyebelahinya . Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan dan pengikutnya Awang Kenit untuk dijadikan bahan ubat jamu muda yang dihasilkan melalui air mata kanak-kanak manusia. Ayu yang terdengar jeritan adiknya cuba menyelamatkan Malik tetapi turut terperangkap didalam "Magika'.

1 comments:

aeinio said...

best woo citer nih...