Thursday, August 26, 2010

dalam perut ada seoul garden..:p


jangan terpikat dgn gambar diatas..bukan untuk bahan tontonan awam ataupun publisiti murahan..bukan juga model terbaru untuk restoran ini..hehehe..anyway comel kan??dah agak dah..hahaa

bertempat di IOI Mall Puchong aku telah pergi ke sana utk menikmati hidangan steamboat yang sangat best dan paling penting berbaloi..actually aku ni memang penggemar steamboat..dah banyak tempat steamboat yang aku pernah pergi antaranya restoran tupai-tupai di bangi, restoran steamboat di wangsa maju...mostly biasa2 je..pilihan makanan yg sama.paling penting takde makanan yang aku suka iaitu KETAM..hahah..

so bagi aku apa yang best pasal seoul garden ni dia bukan setakat ada steamboat tapi ade grill..ala2 boleh buat bbq gitu..style kan???dapur dia pun dah menunjukkan kestyelan nye..hhee

tempat steamboat dan grill

time memasak makanan


pilihan makanan dan lauk pun pelbagai.tips utk makan ala2 buffet pun penting. kalau pegi makan buffet jangan sesekali anda menyentuh nasi goreng, mee goreng mahupun minum air sebanyak mungkin. ia mungkin menyebab kan anda kenyang dan mual dengan cepat..ikut tau..sebab masa kat seoul garden haritu aku antara org yg checkin paling awal..tapi kluar antara org yg paling lambat..korg bygkan betapa byknye aku makan dan sepert biasa betapa gemuknya aku selepas itu...hahha

grill item dia pelbagai.ada yang spicy chicken, ada bbq daging, black pepper, szechuan, bulgogi, curry, teriyaki, garlic, coffee and char siew


selain itu, pilihan steamboat dia pun memang menawan hati dan jiwa raga..aku dah tak pandang benda lain selain seafood yg memang menjadi kegilaan..seafood pun ada pilihan dan paling best yang aku memang makan kaw2 mesti KETAM dan UDANG..rasa-rasa adalah 10 ekor ketam aku kunyah dan berpuluh2 ekor udang yang aku telan..hehe..



korang memang kena try pergi sana untuk merasai kelazatan dan pengalaman makan di sana.journey time masak makanan tu pun agak style..ala2 profesional chef gitu..aku??mestila tukang makan je..ade org yg sudi masakkan...:p

last sekali sila contohi aku..time makan buffet or steamboat ni jangan membazir..ambik yang hanya kita boleh abiskan je..dan makan setimpal dengan duit yang anda keluarkan.kalau rasa2 bukan kaki makan banyak, plz jgn ada hati nak pergi makan kt sini k..

inilah pencuci mulut aku pada haritu...


***ada plan nak buka puasa kat sana nanti..sapa2 ada plan nak buka puasa kat san silalah bagithu aku..pergi ramai2 baru meriah...







4 comments:

Unknown said...

salam ziarah..ina pun kalau p ioi mesti singgah makan kt situ

tapi bulan posa ni tak p lagi..hari tu makan steamboat kat red wok bangi tapi tak best pun..

btw, bagus bebenor le makan byk2 biar setimpal dengan bayaran kos lil bit pricey kat situ

Siti fairuz yusof said...

Shukur..price kira mcm mana?

zool said...

Wah memang menyelerakan betul. terliur den

Anonymous said...

famili aku tak reti makan pesen2 camni..kena cari member yg boleh layan