Tuesday, July 27, 2010

Di mana boleh cari ramai Melayu


Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu


Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di Pusat Serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food, kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan tauhu


Boleh tak jumpa mereka dikedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ


Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu


Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuhkan sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu


Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
tapi sebenarnya apakah yang kita tahu,
cuma dibaca bila takut atau nak halau hantu

7 comments:

Bro Framestone said...

sekdar tambahan

- tanah perkuburan islam
- perkampungan melayu
- masjid time solat jumaat
- bazar ramadhan
- pusat serenti


pe bro merapu nie

zool said...

He hehe.. memang betul sebetulnya.. dan kadang2 terkena batang idung sikit tu..

ceksumolek's said...

kenyataan.. yang tu kita nmpak dengan org2 kita sekarang nih kan..? hurm.. apa nk jadi la..

joegrimjow said...

dah macam doa dah ni
huhu

Ihsan Khairir said...

bagus lah puisi ni, banyak menyentuh pasal keadaan Melayu zaman sekarang yang perlukan perubahan.

thanks for sharing, Sukur.

rizal jabai said...

dasyat...susunanan kata yg mendalam dan berisi :)

enyheartsdiamond said...

impressive ;)